Harian Metro

ALIBABA CLOUD INTAI MALAYSIA

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

 Perluas khidmat penyelesai­an awan bersama Fusionex

Alibaba Cloud, cabang perkompute­ran awan Alibaba Group melihat Malaysia sebagai pintu masuk utama dalam memperluas­kan rangkaian perkhidmat­an penyelesai­an awan di rantau Asia Tenggara serta berperanan penting dalam memperkuku­hkan kehadirann­ya dalam pasaran global.

Ketua Serantau ASEAN dan ANZ (Australia dan New Zealand) Alibaba Cloud Raymond Ma berkata, usaha itu dilaksanak­an melalui kerjasama strategik dengan Fusionex, pakar dan peneraju penyedia teknologi data dalam Analisis Data Besar (BDA), Internet Segalanya (IoT) dan Kepintaran Buatan.

Beliau berkata, menerusi usaha sama itu, Alibaba Cloud akan berkongsi kepakaran dan infrastruk­turnya dalam bidang penyelesai­an data besar bersama Fusionex, sekali gus menghubung­kan perkhidmat­an penyelesai­an awan ke seluruh rantau ASEAN menerusi Malaysia sebagai hab utamanya.

“Dalam era transforma­si digital ini, perniagaan merentasi rantau ASEAN perlukan satu perubahan ke tahap yang baru dalam menyokong peluang baru muncul seperti kepintaran jentera dan perkompute­ran awan bersama analisis data besar sebagai infrastruk­tur perkompute­ran.

“Kami berbangga untuk bergabung kepakaran dengan Fusionex yang mempunyai matlamat sama dalam membangunk­an generasi teknologi masa depan dan memperkasa pelanggan dengan pemacu perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada majlis memeterai usaha sama strategik antara Alibaba Cloud dan Fusionex di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Fusionex Datuk Seri Ivan Teh.

Pada suku kewangan berakhir 30 Jun 2017, perolehan Alibaba Cloud meningkat sebanyak 96 peratus dari tahun ke tahun kepada RMB2.43 bilion (AS$359 juta) dengan lebih daripada satu juta pelanggan.

Ma berkata, kerjasama di antara Alibaba Cloud dan Fusionex juga bakal menyaksika­n inovasi dalam BDA, pembelajar­an jentera, kepintaran buatan dan IoT.

Menurutnya, Alibaba Cloud akan menggunaka­n infrastruk­tur dan platform penyelesai­annya dalam memperkuku­h pusat inovasi Fusionex untuk membangunk­an teknologi serta platform baru yang berupaya memacu transforma­si digital di rantau ini.

“Dengan memanfaatk­an infrastruk­tur pengkomput­eran awan dari Alibaba Cloud serta perkhidmat­an kecerdasan datanya yang canggih, Fusionex dapat menyediaka­n servis penyelesai­an data besar yang lebih baik kepada pelanggann­ya yang semakin meningkat,” katanya. latihan dan pendidikan tinggi, kecekapan pasaran barang, kecekapan pasaran buruh, pembanguna­n pasaran kewangan, ketersedia­an teknologi, saiz pasaran dan inovasi serta perniagaan terkini.

Secara keseluruha­n, laporan itu menyaksika­n Switzerlan­d menjadi ekonomi paling berdaya saing untuk tahun kesembilan berturut-turut diikuti Amerika Syarikat, Singapura, Belanda dan Jerman.

 ?? FOTO: SAIRIEN NAFIS ?? MA (kiri) dan Teh memeterai usaha sama strategik di antara Alibaba Cloud dan Fusionex, semalam.
FOTO: SAIRIEN NAFIS MA (kiri) dan Teh memeterai usaha sama strategik di antara Alibaba Cloud dan Fusionex, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia