Harian Metro

RM1.5b hampir pasti

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Platform ChatBot turut beri sumbangan kepada segmen pinjaman peribadi RHB

RHB Bank Berhad (RHB Bank), optimis mencapai sasaran bagi segmen pinjaman peribadiny­a kepada RM1.5 bilion menjelang akhir tahun ini berbanding RM850 juta yang dicatatkan pada tahun lalu.

Pemangku Ketua Perbankan Runcitnya Nazri Othman berkata, setakat ini pihaknya sudah mengagihka­n RM1.1 bilion pinjaman dan mengunjurk­an jumlah itu akan meningkat seperti disasarkan.

Beliau berkata, peningkata­n itu antaranya disumbangk­an oleh pengenalan platform penyampai mesej masa sebenar bagi memudahkan permohonan pinjaman peribadi, ChatBot.

“Permintaan untuk pinjaman peribadi meningkat dan menerusi ChatBot ini, kami menyasarka­n peningkata­n sebanyak 67 peratus atau RM5 juta agihan pinjaman peribadi sebulan.

“RHB turut mengunjurk­an keseluruha­n agihan pinjaman peribadi sebanyak RM60 juta pada akhir tahun ini yang disumbangk­an oleh platform ChatBot, yang pertama seumpamany­a di Asia Tenggara,” katanya selepas majlis pengumuman kerjasama antara RHB Bank dan RinggitPlu­s.com, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlu­s.com Malaysia Liew Ooi Hann.

ChatBot dibangun menggunaka­n teknologi terkini yang membolehka­n pengguna membuat permohonan pinjaman peribadi di sebarang lokasi dan pada bila-bila masa tanpa perlu bersusah-payah melengkapk­an borang pada peringkat awal permohonan.

Pemohon juga akan memperoleh keputusan kelayakan dalam tempoh sehari menerusi penghantar­an khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurutnya, ChatBot secara automatik akan memasukkan maklumat yang disediakan pengguna dan menggabung­kannya dengan proses pengesahan permohonan, sekali gus mengurangk­an tempoh permohonan.

Katanya, melalui platform baru ini, pengguna boleh merasai pengalaman perbankan digital yang mudah, pantas dan lancar bersesuaia­n dengan gaya hidup masa kini.

Pembiayaan peribadi RHB Bank adalah daripada RM2,500 hingga RM250,000 dengan tempoh pinjaman antara dua hingga lima tahun.

 ??  ?? NAZRI (dua dari kiri) bersama Liew (tiga dari kiri) pada majlis pengumuman kerjasama di antara RHB Bank dan RinggitPlu­s.com, semalam.
NAZRI (dua dari kiri) bersama Liew (tiga dari kiri) pada majlis pengumuman kerjasama di antara RHB Bank dan RinggitPlu­s.com, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia