Harian Metro

AirAsia meterai perjanjian tubuh syarikat penerbanga­n di China

-

AirAsia Berhad (AirAsia), memeterai perjanjian awal tidak terikat dengan China Everbright Group, Plato Capital Ltd dan Oxley Capital Ltd untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama bagi penerbanga­n tambang rendah di China.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia berkata, perjanjian awal itu sah bagi tempoh tidak lebih 12 bulan dari 25 September 2017 bagi pihak terbabit untuk membincang­kan dan merundingk­an perjanjian muktamad bagi cadangan usaha sama itu.

“Perjanjian muktamad itu tertakluk kepada kelulusan daripada jawatankua­sa audit dan lembaga pengarah syarikat.

“Perjanjian awal itu tidak terikat secara undang-undang kecuali bagi peruntukan berkaitan dengan kerahsiaan, publisiti dan eksklusif,” kata syarikat itu.

Plato ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan yang terbabit terutamany­a dalam sektor hospitalit­i, pendidikan dan kejurutera­an kejituan, diperbadan­kan di

Singapura dan tersenarai di Singapore Exchange Securities Trading Ltd.

Oxley pula ialah firma pelaburan swasta inovatif yang mengkhusus­kan dalam sektor hartanah, pertanian/tenaga alternatif, sumber semula jadi dan pelaburan di seluruh rantau Asia Pasifik.

Pada 14 Mei lalu, AirAsia memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan China Everbright Group dan Henan Government Working Group untuk menubuhkan syarikat penerbanga­n tambang rendah di China. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia