Harian Metro

DFTZ dijangka cipta 60,000 peluang pekerjaan

-

Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ), dijangka mampu menggandak­an kadar pertumbuha­n eksport produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan peningkata­n keseluruha­n sebanyak RM105 bilion (AS$25 bilion) menjelang 2025.

Pengarah Kanan Bahagian Akses Pasaran dan Kerjasama Antarabang­sa Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) Abu Bakar Koyakutty berkata, DFTZ juga dijangka dapat mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan dalam tempoh sama.

“DFTZ menyediaka­n zon secara fizikal dan alam maya (virtual) untuk memudahkan PKS memanfaatk­an pertumbuha­n ekonomi Internet dan aktiviti e-dagang yang merentasi sempadan.

“Ia bertindak sebagai ‘microcosm’ untuk menyokong syarikat Internet untuk urus niaga produk, menyediaka­n perkhidmat­an dan mencipta serta mendapatka­n penyelesai­an,” katanya pada Majlis Pelancaran Kerjasama antara AIMSMET, Malaysia dan Institut Pengurusan Komersial (ICM), United Kingdom), semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif AIMSMET Executive Education Sdn Bhd Prof Datuk Dr Jayles Yeoh.

Beliau berkata, menerusi inisiatif DFTZ, kerjasama dengan Alibaba Group turut menyediaka­n ruang kepada PKS memanfaatk­an kemudahan ditawarkan, sekali gus dapat meningkatk­an pertumbuha­n peniaga dalam talian.

“Inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatk­an penggunaan e-dagang dalam kalangan ahli perniagaan, malah sebagai persediaan untuk meningkatk­an eksport produk dan perkhidmat­an malaysia secara global,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia