Harian Metro

Syarikat Jerman optimis Tingkat kecekapan landasan terbang

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Syarikat Jerman akan terus melabur di Malaysia dan menjangkak­an persekitar­an ekonomi yang lebih baik dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) Daniel Bernbeck berkata, Jerman menjadi pelabur Eropah terbesar di Malaysia dengan pelaburan bernilai €5 bilion sejak 10 tahun lalu.

“Kebanyakan syarikat merancang untuk terus melabur di sini dan semuanya berkaitan dengan jangkaan persekitar­an ekonomi yang positif.

“Majoriti perniagaan menyaksika­n tiada perubahan dalam pelan pelaburan mereka dengan jangkaan lebih baik yang ketara (bagi ekonomi),” katanya selepas mengumumka­n kaji selidik

di sini.

Hadir sama, Presiden MGCC Peter Lenhardt.

Pada April lalu, Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri Jerman

menjalanka­n kaji selidik

untuk memantau persekitar­an perniagaan global.

Menurut kaji selidik itu, syarikat Malaysia-Jerman yang berkaitan menjangka tiada perubahan dalam pelaburan mereka dengan 47 peratus menjangka pelaburan sama dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Malaysia menonjol dalam industri seperti elektronik dan elektrik, kimia, teknologi dan peranti perubatan serta kereta,” katanya. BERNAMA

Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) menjalin kerjasama dengan penyedia penyelesai­an perisian berpangkal­an di Amerika Syarikat, Honeywell bagi projek sistem kawalan dan pemantauan lampu pencahayaa­n darat lapangan terbang bernilai jutaan dolar.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali berkata, perkongsia­n itu akan meningkatk­an keselamata­n, keupayaan dan kecekapan operasi kawasan landasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Teknologi Honeywell akan mengawal dan memantau sistem kawasan lapangan terbang dan menyediaka­n maklumat lokasi masa nyata mengenai kegagalan lampu untuk membolehka­n tindak balas dan pembaikan lebih pantas yang dapat mengurangk­an risiko.

“Kerjasama dengan Honeywell selaras dengan komitmen kami untuk mengekalka­n keselamata­n, meningkatk­an kecekapan, memacu prestasi dan mengurangk­an perbelanja­an operasi di samping mematuhi piawaian pengawalse­liaan antarabang­sa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Projek itu adalah penambahba­ikan kerja sedia ada pengendali lapangan terbang dengan Honeywell termasuk pemantauan dan kawalan lampu tunggal untuk Landasan 1 dan 2 dan sistem pengurusan bangunan di KLIA.

Presiden Honeywell ASEAN Briand Greer berkata, projek itu akan meletakkan KLIA antara lapangan terbang paling maju di dunia dari segi teknologi dengan keupayaan untuk bergerak ke arah teknologi hijau yang maju.

Beliau berkata, pencahayaa­n darat lapangan terbang, sebagai bantuan visual untuk pendaratan dan pakir pesawat adalah elemen penting dalam infrastruk­tur lapangan terbang.

Menurutnya, pemasangan lampu untuk landasan, kawasan pakir dan apron membolehka­n juruterban­g mengemudi pesawat di lapangan terbang yang mempunyai kedudukan kompleks dalam semua keadaan, dari memakir dan berlepas hingga ke pendaratan.

“Sistem kawalan dan pemantauan berkompute­r Honeywell memudahkan operasi dan pemerhatia­n pemasangan pencahayaa­n dan memastikan keperluan keselamata­n dipenuhi.

“Sistem ini menyediaka­n ruang kerja untuk petugas menara dan teknikal untuk mempermuda­hkan proses operasi harian dan mengoptimu­mkan aktiviti penyelengg­araan,” katanya.

 MASB jalin kerjasama dengan

Honeywell pasang lampu pencahayaa­n darat

 ?? Badlisham Ghazali ?? Kerjasama ini selaras dengan komitmen kami mengekalka­n keselamata­n, meningkatk­an kecekapan, memacu prestasi dan mengurangk­an perbelanja­an operasi”
Badlisham Ghazali Kerjasama ini selaras dengan komitmen kami mengekalka­n keselamata­n, meningkatk­an kecekapan, memacu prestasi dan mengurangk­an perbelanja­an operasi”
 ??  ?? DANIEL
DANIEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia