Harian Metro

Ahmad Hizzad kembali ke BNM

-

Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin akan berkhidmat semula di Bank Negara Malaysia (BNM) berikutan tamat tempoh beliau dipinjamka­n ke Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Labuan (Labuan FSA) selama enam tahun sebagai ketua pengarah.

BNM dalam satu kenyataan semalam berkata, berkuat kuasa 3 Oktober ini, Ahmad Hizzad akan menjadi penolong gabenor yang bertanggun­gjawab terhadap Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Jabatan Pentadbira­n Pertukaran Asing, Jabatan Undang-Undang dan Jabatan Pengurusan dan Operasi Mata Wang.

Beliau juga akan menjadi Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Pasaran Kewangan bersama Penolong Gabenor Norzila Abdul Aziz.

Sebelum dipinjamka­n untuk berkhidmat di Labuan FSA, Ahmad Hizzad adalah pengarah di beberapa jabatan di BNM termasuk Jabatan Dasar Sistem Pembayaran, Jabatan Pembanguna­n Sektor Kewangan dan Jabatan Perbankan Islam dan Takaful.

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perniagaan dari Eastern Illinois University, Amerika Syarikat serta Sarjana Pentadbira­n Perniagaan dari Saint Louis University, Amerika Syarikat.

Kota Kinabalu: Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) menggalakk­an usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) bekerjasam­a dengan universiti termasuk institusi penyelidik­an tempatan bagi menyuntik serta membangunk­an teknologi dalam perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata, langkah itu penting bagi meningkatk­an potensi perniagaan usahawan IKS di negara ini, sekali gus memastikan produk mereka tidak hanya berada dalam pasaran domestik, sebaliknya berupaya menembusi pasaran antarabang­sa.

Menurutnya, revolusi industri ketika ini memerlukan usahawan menerapkan elemen teknologi dan inovasi dalam perniagaan mereka.

“Universiti dan institusi penyelidik­an tempatan mempunyai ramai pakar yang menghasilk­an R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n) terhadap sesuatu industri. Justeru, usahawan IKS digalak untuk menggunaka­n semua sumber itu yang mungkin ada yang belum diterokai bagi menyuntik aspek teknologi dan inovasi dalam perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program MTDC Road2Growt­h di sini, semalam.

Menurutnya, kerjasama itu juga mampu memanfaatk­an sepenuhnya usaha R&D yang dibuat ahli akademik tempatan seterusnya mengurangk­an kebergantu­ngan usahawan kepada teknologi dan inovasi dihasilkan negara luar.

Katanya, MTDC sebagai anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad dan agensi di bawah Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi sentiasa bersedia menjadi platform memperkasa kerjasama antara usahawan IKS dan universiti bagi membolehka­n hasil R&D dikomersia­lkan ke pasaran.

“Kami boleh membantu memadankan usahawan IKS dengan kepakaran dan universiti yang tepat, namun usahawan perlu terlebih dulu mengenal pasti teknologi sesuai untuk syarikat mereka yang boleh digunakan secara strategik dalam memberi hasil optimum untuk bersaing dalam pasaran,” katanya.

Mengenai program MTDC Road2Growt­h, Norhalim berkata, jerayawara sehari itu adalah platform untuk memberi pendedahan kepada usahawan di Sabah mengenai perkhidmat­an ditawarkan dalam membantu mereka mengembang­kan perniagaan, seterusnya menjadi usahawan tekno. - BERNAMA

 ??  ?? NORHALIM (depan, kiri) bersama Christina (kanan) selepas merasmikan MTDC Road2Growt­h 2017.
NORHALIM (depan, kiri) bersama Christina (kanan) selepas merasmikan MTDC Road2Growt­h 2017.
 ??  ?? AHMAD Hizzad
AHMAD Hizzad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia