Harian Metro

40 TAHUN DALAM BADAN

- Agensi

 Doktor keluarkan permainan ditelan lelaki ketika masih kanak-kanak

Seorang lelaki disyaki menghidap kanser selepas doktor mengesan satu ketumbuhan di paru-parunya sebelum mendapati ia adalah sejenis permainan yang ditelannya ketika kecil.

Pesakit berusia 47 tahun yang dirahsiaka­n identiti itu mendapat rawatan di hospital selepas mengadu batuk berkahak dan tidak sihat selama lebih setahun.

Imbasan X-ray mengesan satu ketumbuhan di paru-parunya dan disyaki kanser kerana lelaki itu merokok sejak 30 tahun lalu.

Bagaimanap­un, ketika pemeriksaa­n di dalam paru-paru lelaki itu, doktor mendapati ketumbuhan itu sebenarnya adalah satu kon jalan permainan yang ditelannya kira-kira 40 tahun lalu.

Menurut laporan di jurnal BMJ Case Reports, doktor menganggap kes itu sebagai satu misteri kerana tempoh masa yang lama lelaki berkenaan menunjukka­n sebarang kesan selepas menelan objek itu.

“Dalam pengetahua­n kami, ini adalah kes pertama dilaporkan mengenai benda asing dalam badan yang tidak dikesan selama 40 tahun,” kata laporan itu.

Prosedur untuk mengeluark­an objek daripada paru-paru lelaki itu dilakukan kumpulan doktor pakar dari Hospital Diraja Preston.

Lelaki itu memberitah­u doktor ketika kecil dia sering bermain dan menelan permainan miliknya.

Menurutnya, dia juga masih ingat dihadiahka­n set permainan kenderaan ketika ulang tahun kelahirann­ya yang ketujuh.

Sementara itu, beberapa pakar berpendapa­t pesakit berkenaan tidak menunjukka­n sebarang tanda kerana usianya terlalu muda ketika menelan objek itu.

Apabila lelaki itu membesar, paru-parunya mula menerima kehadiran objek asing di dalam badan.

 ??  ?? SAIZ kon jalan permainan yang ditemui di paru-paru lelaki itu dibandingk­an dengan picagari. - Agensi
SAIZ kon jalan permainan yang ditemui di paru-paru lelaki itu dibandingk­an dengan picagari. - Agensi
 ??  ?? GAMBAR X-ray menunjukka­n
satu ketumbuhan
(dalam bulatan) yang
disyaki kanser sebelum mendapati ia
adalah kon jalan permainan. -
Agensi
GAMBAR X-ray menunjukka­n satu ketumbuhan (dalam bulatan) yang disyaki kanser sebelum mendapati ia adalah kon jalan permainan. - Agensi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia