Harian Metro

Tunggu masa

 Pihak berkuasa hantar bantuan, buat persediaan hadapi letusan Gunung Agung

-

Kenderaan yang penuh dengan makanan, topeng muka dan tilam dihantar untuk lebih 75,000 penduduk yang berpindah selepas Gunung Agung dijangka meletus pada bila-bila masa.

Gunung Agung yang terletak kira-kira 75 kilometer dari Kuta, hab pelanconga­n popular di Bali, mula bergegar sejak Ogos lalu dan pakar memberi amaran ia mungkin meletus buat pertama kalinya sejak 1963.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) memberitah­u, gegaran yang semakin kerap menunjukka­n magma masih menaik ke permukaan dengan gunung itu kini memasuki fasa kritikal dan boleh meletus pada bila-bila masa.

Katanya, jumlah penduduk yang meninggalk­an kediaman masing-masing semakin meningkat kerana bimbang gunung itu mungkin meletus.

“Sehingga tengah hari hari ini (semalam), jumlah penduduk yang berpindah mencapai 75,673 dan berlindung di 377 pusat pemindahan di sembilan daerah,” kata jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho.

Menurutnya, seramai 62,000 penduduk tinggal di zon bahaya sebelum arahan berpindah dikeluarka­n tetapi penduduk di luar zon juga berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.

“Jumlah penduduk yang berpindah dijangka meningkat,” jelasnya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo juga tiba di Bali bagi melawat pusat pemindahan pada tengah hari semalam.

Penduduk tempatan, badan bukan kerajaan dari luar negara dan kerajaan pusat mula mengatur bantuan untuk semua penduduk yang berpindah.

Kenderaan yang penuh dengan mi, air mineral dan selimut mula dihantar ke pusat pemindahan, manakala penduduk tempatan pula mula mengumpul derma untuk membantu.

Penerbanga­n masuk dan keluar dari pulau pelanconga­n popular itu tidak terjejas tetapi syarikat penerbanga­n memantau situasi itu dengan teliti.

Kali terakhir Gunung Agung meletus adalah pada 1963 yang menyebabka­n hampir 1,600 orang maut dan menghambur­kan debu sejauh hingga ke Jakarta.

 ?? - EPA ?? SEORANG wanita menunggang motosikal di daerah Kubu di Karangasem dengan Gunung Agung kelihatan berasap semalam. - AFP JOKOWI (dua dari kiri) berbual dengan penduduk ketika melawat pusat perlindung­an di Klungkung di Bali semalam.
- EPA SEORANG wanita menunggang motosikal di daerah Kubu di Karangasem dengan Gunung Agung kelihatan berasap semalam. - AFP JOKOWI (dua dari kiri) berbual dengan penduduk ketika melawat pusat perlindung­an di Klungkung di Bali semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia