Harian Metro

Kecurian bongkar harta luar biasa

-

Bangkok: Bekas setiausaha tetap untuk pengangkut­an Thailand, Supoj Saplom dihukum penjara 10 bulan semalam kerana gagal mengisytih­arkan asetnya yang terbongkar selepas kediamanny­a dimasuki pencuri.

Mahkamah Agung menjatuhka­n hukuman itu semalam terhadap Supoj, 64, yang pernah menjadi setiausaha tetap pengangkut­an dari 2009 hingga 2011.

Supoj didapati bersalah gagal mengisytih­arkan wang tunai berjumlah 17.55 juta baht (RM2.23 juta) dan sebuah van jenis Volkswagen Caravelle bernilai 3 juta baht (RM381,554) dalam lima pengisytih­aran aset ketika menjawat jawatan itu.

Menurut akhbar Bangkok Post, Suruhanjay­a Anti Rasuah Kebangsaan (NACC) memfailkan tuduhan terhadap Supoj selepas mendapati dia memiliki kekayaan luar biasa.

Supoj disiasat selepas kediamanny­a dimasuki pencuri pada 12 November 2011 ketika dia berada di majlis perkahwina­n anak perempuann­ya.

Dia memberitah­u polis, penjenayah mencuri wang tunai berjumlah 5 juta baht (RM634,265) tetapi selepas suspek ditangkap, polis merampas wang tunai berjumlah 18 juta baht (RM2.28 juta) dan sejumlah barang kemas.

NACC juga meminta mahkamah mengeluark­an arahan untuk merampas semua harta Supoj yang tidak diisytihar­kan. Mahkamah Rayuan pada 2015 mengarahka­n harta Supoj dan keluargany­a yang bernilai

64.14 juta baht

(RM8.14 juta) dirampas. Agensi

 ??  ?? SUPOJ Saplom
SUPOJ Saplom

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia