Harian Metro

Tiga tuduhan rasuah

- Reuters

Bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif dihadapkan ke mahkamah antirasuah semalam seterusnya membuka prosiding yang didakwanya berat sebelah yang mampu menggagalk­an peluang partinya pada pilihan raya tahun depan.

Nawaz dihadapkan ke Biro Akauntabil­iti Kebangsaan (NAB) di Islamabad atas tiga tuduhan rasuah, namun tiada pengakuan direkodkan.

Rangkaian televisyen tempatan melaporkan, Nawaz akan didakwa secara rasmi pada 2 Oktober depan, kira-kira dua bulan selepas diisytihar­kan hilang kelayakan oleh Mahkamah Agung kerana gagal mengisytih­arkan satu sumber kewangan.

Mahkamah turut menuduh kekayaan keluarga Nawaz jauh melebihi pendapatan sah mereka.

Ahli Parlimen dari parti Nawaz, Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), Marvi Memom berkata: “Kehadirann­ya hari ini di mahkamah Beijing: Bekas datuk bandar di Tianjin - bandar yang mengalami letupan kimia besar pada 2015 sehingga mengorbank­an 165 orang - semalam dipenjara 12 tahun kerana rasuah, lapor media kerajaan.

Huang Xingguo, 62, mengetuai jawatankua­sa tindak balas selepas letupan di Tianjin pada Ogos 2015 itu yang turut memusnahka­n sebahagian besar bandar pelabuhan berkenaan.

Dia yang juga pemangku ketua parti perbandara­n pada masa itu, dipenjara kerana menerima rasuah berjumlah lebih 40 juta yuan membuktika­n dia memang ‘singa.’

Nawaz, yang tiba di Pakistan semalam selepas menghabisk­an sebulan di London memberitah­u mahkamah isterinya menghidap kanser di sana dan memerlukan

 Nawaz Sharif dihadapkan ke mahkamah antirasuah tanpa pengakuan direkod

penjagaan rapinya.

Dia sebelum ini menyelar tuduhan rasuah terhadapny­a sebagai bermotifka­n politik, manakala penyokongn­ya termasuk anak perempuann­ya Maryam - yang dianggap pewarisnya - membayangk­an kejatuhann­ya didalangi tentera.

Pembangkan­g, Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) diketuai bekas pemain kriket Imran Khan yang mendesak prosiding mahkamah terhadap Nawaz turut menggesa pilihan raya awal diadakan, namun tidak mungkin akan dipersetuj­ui kerajaan.

Dua anak Nawaz dan bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar juga bakal dihadapkan ke mahkamah NAB dalam masa terdekat.

 ??  ?? PESERTA festival Shikali
berlari membawa batang tebu di Lalitpur, Nepal. - Reuters
PESERTA festival Shikali berlari membawa batang tebu di Lalitpur, Nepal. - Reuters
 ??  ?? PENYOKONG Nawaz berhimpun di luar mahkamah di Islamabad. - EPA
PENYOKONG Nawaz berhimpun di luar mahkamah di Islamabad. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia