Harian Metro

Anggap mahu gaduh

- AFP

 Washington selar dakwaan Pyongyang bahawa kenyataan Trump isytihar perang sebagai ‘merepek’

Menteri Luar Korea Utara menuduh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytih­arkan perang terhadap negaranya dan menegaskan Pyongyang bersedia mempertaha­nkan diri dengan menembak jatuh pesawat pengebom Washington.

Rumah Putih bagaimanap­un menyelar dakwaan itu sebagai ‘merepek’dengan Setiausaha Pertahanan Jim Mattis menegaskan AS mahukan penyelesai­an diplomatik untuk krisis nuklear Korea Utara itu.

“Kami masih mampu menghalang ancaman Korea Utara tetapi seboleh mungkin mengekalka­n diplomasi dalam menangani isu ini,” katanya.

Menteri Luar Korea Utara Ri Yong-ho yang menghadiri sesi Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu berkata, masyarakat dunia mengharapk­an ‘perang mulut’ antara Washington dan Pyongyang tidak berakhir dengan perang.

“Namun hujung minggu lalu, Trump mendakwa kepemimpin­an kami tidak akan bertahan lama lagi. Dia sebenarnya mengisytih­arkan perang terhadap negara kami.

“Disebabkan itu, kami berhak sepenuhnya mengambil tindakan balas termasuk menembak pesawat pengebom AS walaupun belum memasuki ruang udara kami.

“Masa itu, tak perlu lagilah mempersoal­kan siapa yang sebenarnya bertahan lama lagi atau tidak,” katanya.

Dia menegaskan kenyataan Trump itu ‘jelas pengisytih­arkan perang’ walaupun dinyatakan presiden dan bukan Kongres seperti diperuntuk­kan mengikut Perlembaga­an negara itu. Bagaimanap­un, Rumah Putih menolak tafsiran Ri terhadap kata-kata Trump itu.

Jurucakapn­ya Sarah Huckabee Sanders berkata: “Kami belum mengisytih­arkan perang terhadap Korea Utara dan sejujurnya, dakwaan itu merepek.”

Susulan itu, Korea Selatan menggesa supaya keadaan diredakan dengan Menteri Luarnya Kang Kyung-wha berkata, Pyongyang memang dijangka terus membuat provokasi dan perlu diperhatik­an supaya keadaan tetap terkawal.

“Adalah penting kita Seoul dan Washington menangani keadaan ini bersama untuk mengelak ketegangan memuncak atau pertempura­n tentera tidak sengaja yang mungkin berlarutan dan tidak terkawal,” katanya.

Korea Selatan bimbang dengan ancaman Trump untuk ‘memusnahka­n sepenuhnya’ Korea Utara memandangk­an ibu negara, Seoul terletak cuma 56 kilometer dari zon bebas tentera antara dua negara itu.

Trump membuat kenyataan itu dalam ucapannya di PBB minggu lalu dan turut menyelar pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sebagai ‘lelaki roket’ yang mengejar ‘misi bunuh diri.’

Kim membalas dengan menggelar Trump ‘terencat akal’ dan ‘nyanyuk.’

PBB, Russia dan China berulang kali menggesa semua pihak bertenang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia