Harian Metro

Hamilton, Bottas ceriakan atlet negara

-

Kuala Lumpur: Biarpun sedih dengan tahun penganjura­n terakhir Formula Satu Malaysia hujung minggu ini, peluang keemasan bersama pelumba Mercedes AMG PETRONAS jelas pengalaman berharga buat 10 atlet negara.

Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas sempat meluangkan kira-kira sejam bersama barisan atlet negara seperti jaguh berbasikal trek dunia Azizulhasn­i Awang, penerjun negara Pandelela Rinong Pamg, pemain FELCRA FC N Thanabalan, pemain Pahang Matthew Davis dan pemain beregu campuran badminton Chan Peng Soon melakukan senaman dan juga simulasi hentian pit.

Bagi Thanabalan, dia sama sekali tidak menyangka berpeluang didedahkan dengan program berkenaan, apatah lagi masih belum berpeluang menyaksika­n perlumbaan di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) sejak kali pertama saingan antarabang­sa itu menjengah Malaysia pada 1999.

“Ini kali terakhir F1 dianjurkan di sini, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksika­nnya sendiri di trek dan selepas ini harus ke luar negara sekiranya mahu menyaksika­n perlumbaan.

“Saya sendiri nak pergi (ke SIC) sekiranya berpeluang,” katanya yang berpeluang berjumpa juara dunia tiga kali, Hamilton dan juga Bottas.

Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi yang bersama pasukan Bottas pada sesi simulasi berkata: “Ia menakjubka­n dan menyeronok­kan. Dia seorang yang baik dan bagi saya, sesi ini mendedahka­n kami kepada dunia berbeza, dapat merasai lebih dekat dengan jentera dan juga pelumba.

Bagi Peng Soon, dia menggambar­kan ketiadaan GP Malaysia tahun depan sebagai kerugian buat mereka yang masih belum menyaksika­n perlumbaan itu secara dekat.

“Agak sayang kerana F1 bukan mudah untuk ditonton (di laman sendiri),” katanya. “Saya juga masih belum pernah menyaksika­nnya secara dekat tapi kalau ada masa saya akan pergi.”

GP Malaysia dijadual membuka tirainya pada Jumaat sebelum kemuncak acara menutup penganjura­n selama 18 tahun di Malaysia, hujung minggu ini.

Thanabalan

Selepas ini harus ke luar

negara sekiranya mahu menyaksika­n perlumbaan

 ??  ?? BOTTAS (empat dari kiri) dan Hamilton (lima dari kiri) bersama atlet negara pada sesi simulasi hentian pit di KLCC.
BOTTAS (empat dari kiri) dan Hamilton (lima dari kiri) bersama atlet negara pada sesi simulasi hentian pit di KLCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia