Harian Metro

Elak kempunan tonton GP terakhir

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Peminat tempatan digesa elak dapatkan tiket saat akhir

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali mengakui kurang berpuas hati dengan jualan tiket Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) hujung minggu ini.

Jelas Razlan, sehingga kini jumlah tiket yang terjual adalah 60,000 keping, kurang daripada sasaran 80,000 pengunjung untuk perlumbaan Ahad ini.

“Jika hendak dibandingk­an dengan tahun lalu, memang ada peningkata­n.

(gambar)

“Tapi, jika melihat kepada situasi kita yang menganjurk­an perlumbaan F1 untuk kali terakhir, jumlah itu kurang memuaskan.

“Bagaimanap­un, seperti yang anda semua ketahui, budaya peminat di Malaysia ialah mereka suka membeli tiket saat akhir. Jadi, saya berharap sasaran itu akan dapat dicapai menjelang hari perlumbaan nanti,” katanya pada sidang media taklimat keselamata­n dan lalu lintas F1, semalam.

Justeru, Razlan berharap peminat F1 di negara ini tidak melepaskan peluang menyaksika­n perlumbaan berprestij itu buat kali terakhir di SIC hujung minggu ini.

“Untuk semua peminat F1, harus anda ingat kita tidak akan menganjurk­an perlumbaan ini lagi untuk tahun seterusnya.

“Jadi, berilah sokongan kepada penganjura­n terakhir F1 di SIC dengan segera membeli tiket yang kini ditawarkan jauh lebih murah berbanding sebelumnya,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai tiket boleh layari www.sepangcirc­uit.com.

 ?? FOTO: AIZUDDIN SAAD & OSMAN ADNAN ?? PERSIAPAN
giat menjelang dijalankan
perlumbaan.
dari kanan) ketika RAZLAN (dua
SIC, semalam. sidang media di
badan jentera RANGKA
perlumbaan. Mercedes untuk
SIC bakal dihangatka­n dengan deruman enjin jentera F1 buat kali terakhir hujung minggu...
FOTO: AIZUDDIN SAAD & OSMAN ADNAN PERSIAPAN giat menjelang dijalankan perlumbaan. dari kanan) ketika RAZLAN (dua SIC, semalam. sidang media di badan jentera RANGKA perlumbaan. Mercedes untuk SIC bakal dihangatka­n dengan deruman enjin jentera F1 buat kali terakhir hujung minggu...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia