Harian Metro

Siapa bakal tawan Sepang?

-

Kuala Lumpur: Mungkinkah ada pemenang baru, sekali gus pemandu ke-11 yang berjaya mendominas­i perlumbaan terakhir Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), 1 Oktober depan?

Itu persoalan menjelang perlumbaan hujung minggu ini kerana selepas 18 kali penganjura­nnya sebelum ini, hanya 10 pelumba pernah menaiki podium pertama di litar yang dilabel antara cukup mencabar di dunia itu.

Selain Sebastian Vettel yang muncul juara terbanyak dengan empat kali serta masing-masing tiga untuk Michael Schumacher serta Fernando Alonso, beberapa pelumba lain juga pernah mengecapi kejuaraan meskipun hanya sekali.

Eddie Irvine (Ferrari), Ralf Schumacher (BMW Sauber), Giancarlo Fisichella (Renault), Jenson Button (Brawn GP), Lewis Hamilton (Mercedes AMG PETRONAS) dan Daniel Ricciardo (Red Bull Racing) adalah pemenang yang pernah sekali muncul juara.

Kimi Raikkonen berjaya melakukann­ya dua kali pada 2003 ketika bersama McLaren Mercedes dan 2008 (Ferrari).

Juara dunia 2007 itu boleh mengikuti jejak langkah Schumacher dan Alonso yang muncul juara tiga kali andai mampu mendominas­i perlumbaan hujung minggu ini.

Semua itu dilihat tidak mustahil kerana sejak tiga perlumbaan terakhir, GP Malaysia menyaksika­n tiga juara berbeza.

Hamilton muncul juara pada 2014 sebelum dimenangi Vettel pada 2015 dan Ricciardo tahun lalu.

Walaupun Hamilton meraih petak pertama pada tiga perlumbaan terakhir itu, namun ia bukan jaminan untuk seseorang pelumba memenangi perlumbaan.

Jadi, tidak mustahil juga untuk satu nama pemandu baru tercatat sebagai pemenang ke-11 di SIC hujung minggu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia