Harian Metro

Kian Meng kecewa gagal kawal tekanan

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Memang saya main tidak bagus,” akur pemain beregu campuran negara, Tan Kian Meng

selepas dia dan pasanganny­a, Lai Pei Jing tersingkir awal di dua kejohanan bertaraf Siri Super, Terbuka Korea Selatan dan Jepun baru-baru ini.

Menurut pemain kelahiran Pontian, Johor itu dia kurang berpuas hati dengan persembaha­n diberikann­ya dalam dua kejohanan berkenaan terutama selepas gagal mengawal tekanan di gelanggang.

“Apa yang saya persembahk­an di kedua-dua kejohanan itu tidak sama ketika saya berlatih. Ada ketikanya saya seperti hilang punca apa yang perlu dilakukan. Ini terjadi mungkin disebabkan saya terlalu sangat hendak memberikan aksi terbaik terutama selepas kami melonjakka­n diri beraksi di kejohanan bertaraf Siri Super,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Kian Meng yang sebelum ini pernah beraksi dalam

(gambar)

acara perseorang­an lelaki ketika memulakan karier peringkat senior, mengakui dia seakan-akan mahu semuanya dalam keadaan terbaik 100 peratus.

“Ada ketika masa saya bermain dengan baik, saya sendiri tidak menjangka ia akan berlaku. Ada ketika main teruk, saya memang sukar untuk perbaiki semula. Bagaimanap­un, ketika di Kejohanan Dunia (Ogos) kami tidak bermain dengan begitu teruk.

“Jadi tempoh yang ada dalam dua hingga tiga minggu ini akan digunakan untuk persiapan Terbuka Denmark. Saya mahu menyelaras­kan semula rentak dan memperkuat­kan mental saya. Saya tidak mahu terlalu mengangkat diri sendiri terlalu tinggi dan buktikan kami mampu bangkit semula,” katanya.

Kian Meng-Pei Jing yang sekarang ini menduduki ranking ke-10 dunia, mengharapk­an baki kejohanan selepas ini mampu untuk membantu mereka melayakkan diri ke Siri Super Akhir di Dubai Disember depan.

“Saya rasa sasaran kami seterusnya ialah mara ke Siri Super Akhir di Dubai dan jika layak ia adalah penampilan pertama kami di sana,” kata Kian Meng.

Selepas menunjukka­n peningkata­n mendadak tahun lalu, Kian Meng-Pei Jing berjaya dinobatkan sebagai pasangan kedua negara di belakang Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan sekarang mereka adalah pasangan utama negara selepas Liu Ying terpaksa berehat lama akibat kecederaan.

Juara Masters Malaysia 2017 itu sudah beraksi lima kali di kejohanan bertaraf Siri Super termasuk Terbuka Malaysia, Australia, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan namun aksi terbaik hanya melangkah di suku akhir Terbuka Indonesia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia