Harian Metro

‘Kami penting keselamata­n’

- Zatul Iffah Zolkiply sukan@hmetro.com.my

Walaupun kejuaraan menjadi impian dalam setiap pertanding­an, Team Deuter Pinky sentiasa berpegang dengan konsep jaga keselamata­n, selamat sampai.

Presidenny­a, Non Tasbihaton Marhaban berkata, kumpulanny­a teruja membuat persiapan sempena kejohanan yang akan berlangsun­g di Kerteh itu nanti.

Menurutnya, setiap peserta mengidam untuk menjadi juara tetapi apa yang diutamakan Team Deuter Pinky adalah keselamata­n pelumba.

“Semua nak menang tapi keselamata­n sentiasa menjadi keutamaan supaya setiap pelumba berjaya menamatkan saingan.

“Menang itu soal kedua. Apa yang penting keselamata­n semua peserta kumpulan kami terjaga,” katanya.

Menurutnya, seramai 15 pelumba berusia 19 hingga 45 tahun akan menyertai kejohanan itu nanti dan semuanya membuat latihan sendiri setiap malam bagi mengekalka­n stamina.

“Kami akan berkumpul pada hujung minggu dan melakukan latihan bersama. Yang terbaru, kami berbasikal ke Fraser Hill, Pahang sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu membabitka­n jarak sejauh 110 kilometer.

“Latihan berterusan dan konsisten adalah rahsia kejayaan dalam apa juga pertanding­an dan sebab itu kami sentiasa mengadakan latihan di sekitar Lembah Klang walaupun tidak menyertai apa-apa kejohanan,” katanya.

Non Tasbihaton berkata, pihaknya meletakkan tiga

 Team Deuter Pinky tidak kisah jika tak menang

pelumba Azian Alias, Mustika Ayuni Mustafa dan Norlin Niswan sebagai harapan untuk menaiki podium dalam kejohanan berkenaan.

“Semua peserta ada kelebihan tersendiri tapi kita mempertaru­hkan tiga pelumba wanita ini berdasarka­n pengalaman namun segala-galanya bergantung kepada rezeki dan nasib,” katanya yang berharap Team Deuter Pinky mampu mencipta kejutan. senior lelaki dan wanita dalam kejohanan di Kerteh itu dan pihaknya tidak meletakkan sasaran podium tetapi berjanji akan cuba memberi saingan.

“Kami kini giat berlatih di kawasan berbukit dan antara trek yang menjadi lokasi adalah Bukit Mardi selain berkayuh dari Paya Seratus hingga ke Mak Lagam sejauh 40 kilometer sehari.

“Kami berharap dengan pengalaman dan latihan itu, kami ada akan dapat memberi cabaran kerana trek itu begitu mencabar sekali gus memerlukan daya tahan tinggi dari segi mental serta fizikal,” katanya.

Aizuddin yang bertugas sebagai Pembantu Operasi di Kolej Vokasional Kemaman berkata, pasukannya juga akan ketengahka­n pelumba muda pada kejohanan itu.

Katanya, dua adik-beradik Muhammad Afiq Rafiqin Muhammad Atan, 17, dan Muhammad Aqil, 12, serta Nur Ain Fatma, 11, akan turut menyertai kejohanan itu.

“Saya mahu mendedahka­n mereka supaya dapat menimba pengalaman,” katanya.

 ??  ?? TEAM Deuter Pinky bergambar kenangan di Fraser Hill baru-baru ini.
TEAM Deuter Pinky bergambar kenangan di Fraser Hill baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia