Harian Metro

Nazaruddin taruhan Projet Zero Cycling

- Nazdy Harun sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Projet Zero Cycling Team mempertaru­hkan Nazaruddin Samad, 47, sebagai pelumba harapan untuk meraih kemenangan di Kerteh, Kemaman nanti.

Menurut jurucakap pasukan Dzulkifli Ibrahim, mereka menghantar enam peserta untuk kejohanan berkenaan dengan Nazaruddin sandaran utama kerana mempunyai keupayaan untuk melakar kejayaan berdasarka­n prestasi semasa.

Katanya, latihan secara konsisten selain sasaran yang realistik kerana Nazaruddin pernah memenangi gelaran podium dalam kejohanan seumpama itu.

“Kita mempunyai pelumba berkeboleh­an dan saya percaya mesti ada peserta yang akan bersainga dengan Nazaruddin kerana mereka tahu kemampuann­ya, jadi kami akan tingkatkan keupayaan.

“Latihan berterusan setiap petang dan pagi pada hujung minggu dapat mengekalka­n stamina setiap peserta bagi menghadapi saingan di Kerteh nanti selain semangat pasukan yang berada pada landasan terbaik selepas menyertai beberapa MTB sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dia sedar cabaran tetap hebat kerana peserta bukan hanya dari Malaysia kerana kejohanan sama turut disertai pencabar berpengala­man dari negara jiran.

Katanya, persaingan untuk menjuarai setiap kategori tetap terbuka kerana sebarang kesilapan boleh mengundang kekalahan.

“Sandaran kepada Nazaruddin amat tepat kerana dia mempunyai kelebihan selain bergantung kepada rezeki dan nasib pada hari pertanding­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia