Harian Metro

Aksi pemusnah

- AFP

 Kelicikan Lacazette bantu Arsenal menang 2-0

Alexandre Lacazette mencuri tumpuan daripada pemecah rekod Gareth Barry apabila dua gol penyerang Arsenal itu memastikan kemenangan 2-0 ke atas West Bromwich Albion, awal pagi semalam.

Pemain tengah Albion, Barry memecahkan rekod penampilan Ryan Giggs dalam Liga Perdana Inggeris apabila dia turun beraksi bagi perlawanan ke-633, namun Lacazette menamatkan aksi sebagai pencuri tumpuan utama di Stadium Emirates.

Penyerang Perancis itu membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-20 dan merembat masuk sepakan penalti selepas rehat (m-67) bagi mengumpul empat gol bersama Arsenal sejak berpindah dengan rekod kelab £52 juta (RM295 juta) dari Lyon.

Lacazette muncul pemain pertama Arsenal menjaringk­an gol dalam tiga aksi pertama liga di laman sendiri selepas Brian Marwood melakukann­ya pada 1988.

Gunners melonjak ke tangga ketujuh dalam Liga Perdana selepas meneruskan rentetan tanpa kalah dalam lima perlawanan bagi semua pertanding­an sejak dimalukan dengan kekalahan besar di Liverpool.

“Dia makin mantap dalam setiap perlawanan. Sentuhan pertama yang bagus dan pergerakan­nya,” kata pengurus Gunners, Arsene Wenger mengenai Lacazette.

“West Brom menjejaska­n gerakan kami pada babak pertama tapi pada separuh masa kedua kami menguasai permainan dan tidak membiarkan mereka kerap memegang bola.”

Ketika Alexis Sanchez bermula hanya kali kedua musim ini dalam Liga Perdana, ia juga kali pertama penyerang Chile itu berganding­an bersama Lacazette berikutan kehadiran penyerang itu ketika pramusim.

Sementara itu pengurus West Brom, Tony Pulis menyifatka­n Sanchez sebagai penipu selepas mendakwa bintang Arsenal itu sengaja menjatuhka­n badan untuk mendapat sepakan pecuma ketika perlawanan itu.

Pulis berang Sanchez tidak dihukum selepas meraih sepakan percuma pada babak pertama di hujung kotak penalti Albion dengan berlakon dikasari Craig Dawson.

Pengadil Bobby Madley kemudian tidak melayan permintaan penalti Albion apabila Jay Rodriguez dijatuhkan Shkodran Mustafi dengan kedudukan masih terikat 0-0 dan turut memberikan sepakan penalti kepada Arsenal yang disempurna­kan oleh Lacazette.

“Perkara paling mengecewak­an adalah Sanchez sengaja menjatuhka­n badan bagi sepakan percuma pertama, ia satu penipuan,” tegas Pulis.

“Jay terlalu jujur dan tidak menerima apa yang sepatutnya. Setiap orang menyaksika­n apa yang berlaku. Sanchez sebenarnya menjatuhka­n diri bagi sepakan percuma pertama dan anda patut melayangka­nnya kad kuning kerana kesalahan itu.”

 ??  ?? LACAZETTE (dua dari kanan) cuba mengawal bola daripada dirampas pemain West bromwich.
LACAZETTE (dua dari kanan) cuba mengawal bola daripada dirampas pemain West bromwich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia