Harian Metro

MORATA TAK DIGEMARI?

- Reuters

Madrid

 Bekas pemain Real mungkin tidak terima sambutan hangat penyokong Atletico

Alvaro Morata tidak mungkin menerima sambutan hangat apabila Chelsea berkunjung ke Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok dengan sejarah lampau penyerang itu yang pernah menyertai Real Madrid, kata penjaga gol Thibaut Courtois.

Morata, pembelian termahal Chelsea dari Real pada musim rehat liga bermula cemerlang sejak mula menyertai kelab Stamford Bridge itu.

Penyerang itu meledak hatrik pertamanya buat kelab itu ketika Chelsea membelasah Stoke 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu.

Courtois, yang dipinjamka­n tiga musim kepada musuh Real, Atletico berkata, rakan sepasukann­ya sudah pasti bersedia untuk ‘perlawanan hebat’ di Estadio Metropolit­ano.

“Dia akan menerima layanan berbeza berbanding saya. Alvaro beraksi dalam banyak perlawanan menentang Atletico. Saya fikir dia menjaringk­an gol, saya tidak pasti, jadi baginya ia pasti yang hebat menentang pencabarny­a,” kata Courtois menerusi laman web Chelsea.

“Bagi saya ia lebih kepada aksi persahabat­an, tetapi dalam tempoh 90 minit kami bermain di sana, ia menjadi perlawanan yang penting juga kerana pasukan mereka juga mahukan kemenangan.

“Kami sedar dia seorang penyerang hebat. Kami sedar dia mempunyai kemahiran itu dan kami berbangga dengannya kerana menjaringk­an hatrik, penyerang yang sentiasa menjaringk­an gol dan menyumbang jaringan penting musim ini.”

Courtois juga tidak sabar untuk bertemu Diego Costa, yang baru-baru ini meninggalk­an Chelsea untuk menyertai kembali Atletico selepas perselisih­an dengan jurulatih Antonio Conte.

Costa hanya akan bermain untuk Atletico mulai 2 Januari depan apabila jendela perpindaha­n Sepanyol dibuka dan penggantun­gan perpindaha­n kelab berakhir. FIFA menggantun­g kelab Madrid kerana membuat perpindaha­n secara haram.

“Dia seorang rakan yang baik dan pasti seronok bertemunya di sana. Saya gembira kami tidak akan menentangn­ya sehingga Tahun Baru dan berharap kami akan melangkah sama dalam Liga Juara-Juara,” kata pemain Belgium berusia 25 tahun itu.

Chelsea menewaskan Qarabag 6-0 dalam aksi pertama Kumpulan C Liga Juara-Juara, manakala Atletico terikat 0-0 di Roma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia