Harian Metro

Dybala sedia robek Olympiakos

-

Turin, Itali: Senjata berbahaya Juventus Paulo Dybala

memberi amaran “segala-galanya memihak kepada saya” ketika bintang Argentina itu mengalih perhatiann­ya terhadap aksi Liga Juara-Juara menentang kelab Greece Olympiakos awal pagi esok.

Pemain berusia 23 tahun itu yang dianggap pengganti kepada rakan sepasukan Lionel Messi adalah penjaring terbanyak dalam liga domestik dengan 10 gol termasuk dua hatrik dalam enam perlawanan Serie A.

“Pada ketika ini, segala-galanya memihak kepada saya dan kami masih baru bermula dan saya harap ia akan terus begitu,” kata pemain digelar ‘The Jewel’ yang menyertai kelab Turin dari Palermo pada 2015.

“Saya kini mempunyai keyakinan penuh. Mentaliti saya sudah berubah, saya mahu mempamerka­n peningkata­n untuk pergi sejauh mungkin.”

Dalam perlawanan menentang Olympiakos dia berhasrat mengumpul jaringan di pentas Eropah selepas tewas 0-3 kepada Barcelona dalam aksi pembuka tirai.

Corak permainann­ya berubah musim ini dengan jurulatih Massimilia­no Allegri memberikan kebebasan kepada penyerang itu untuk mengikut nalurinya ketika menyarung jersi nombor 10 yang pernah menjadi milik legenda kelab seperti Michel Platini, Roberto Baggio dan Alessandro Del Piero.

“Saya sukakan sistem seperti ini di Juve kerana jurulatih memberi saya ruang untuk bergerak,” katanya. - AFP

 ?? Thibaut Courtois ?? Dia akan menerima layanan berbeza berbanding saya. Alvaro beraksi dalam banyak perlawanan menentang Atletico. Saya fikir dia menjaringk­an gol, saya tidak pasti, jadi baginya ia pasti yang hebat menentang pencabarny­a”
Thibaut Courtois Dia akan menerima layanan berbeza berbanding saya. Alvaro beraksi dalam banyak perlawanan menentang Atletico. Saya fikir dia menjaringk­an gol, saya tidak pasti, jadi baginya ia pasti yang hebat menentang pencabarny­a”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia