Harian Metro

Mkhitaryan ‘senyum’ beraksi di Russia

-

Moscow: Kunjungan ke Russia biasanya satu tugasan rumit bagi kelab Inggeris, namun Henrikh Mkhitaryan tidak berdepan masalah besar untuk menyesuaik­an diri apabila Manchester United bertandang ke CSKA Moscow minggu ini.

Pemain tengah menyerang itu dilahirkan di Yerevan pada Januari 1989 apabila ibu negara Armenia itu masih lagi sebahagian daripada Soviet Union.

Dia fasih bertutur bahasa Russia, legasi peninggala­n neneknya dari Moscow dan dia menghabisk­an masa empat tahun di bandar raya Ukraine, Donetsk yang bertutur bahasa Russia pertama bersama Metalurg dan kemudian Shakhtar.

“Nenek saya dari Moscow. Saya banyak bertutur bahasa Russia bersamanya di rumah,” kata Mkhitaryan kepada laman web Shakhtar pada 2013.

“Terima kasih kepada nenek saya kerana saya mampu bertutur bahasa itu dengan amat baik, sesuatu yang bagus!”

United berdepan CSKA di Arena VEB dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok, mengintai peluang meneruskan rentak kemenangan selepas menang 3-0 di laman sendiri ke atas FC Basel dalam perlawanan

Kumpulan A.

Mkhitaryan, 28, menyumbat gol ketika kunjungan terakhir mereka ke Russia Mac lalu, gol di tempat lawannya di FC Rostov membantu kemenangan 2-1 secara agregat pada pusingan 16 terakhir Liga Europa.

Bekas pemain Borussia Dortmund itu jelas antara senjata utama United dalam pertanding­an itu.

Enam golnya dalam pertanding­an itu termasuk satu bagi setiap perlawanan suku akhir menentang Anderlecht dan gol pemusnah menakjubka­n pada awal babak kedua yang memastikan kemenangan 2-0 ke atas Ajax pada final di Stockholm.

“Perlawanan terbaik karier saya adalah final Liga Europa musim lalu,” katanya.

“Ia kerana ia adalah trofi Eropah pertama buat saya dan pertama juga bagi mana-mana pemain bola sepak Armenia.

“Tiada siapa dari Armenia berjaya mencapai tahap itu sebelum ini. Untuk bermain pada final pertanding­an Eropah dan menjaringk­an gol menjadikan­nya perlawanan terbaik pernah saya bermain.” - AFP

pembukaan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia