Harian Metro

Verratti wira di hati peminat

-

Paris: Kehadiran Neymar mungkin mengalih tumpuan terhadap peranan dimainkan Marco Verratti di Paris Saint-Germain, namun Carlo Ancelotti amat memahami kepentinga­n pemain tengah itu di kelab ibu negara Perancis itu.

Ancelotti membawa pasukannya Bayern Munich ke Parc des Princes bagi satu daripada pertembung­an besar pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara awal pagi esok dan perlawanan yang mungkin menjadi penentu siapa mengunggul­i Kumpulan B.

Perlawanan itu menyaksika­n Ancelotti kembali berdepan PSG buat kali pertama sejak beliau meninggalk­an ibu negara Perancis itu pada 2013 selepas tempoh 18 bulan yang mana beliau mengemudi kejuaraan Ligue 1 kali pertama dalam tempoh hampir 20 tahun.

Zlatan Ibrahimovi­c adalah bintang pasukan ketika itu, namun kempen 2012-13 turut menyaksika­n pemain muda Verratti menjadi pemain kegemaran penyokong Paris.

Verratti, yang hanya berusia 19 tahun apabila dia tiba dari Pescara dari negara asalnya Itali, menyanjung Ancelotti kerana membantuny­a menyesuaik­an diri dengan pantas dalam kalangan pemain bintang kelab itu.

“Beliau bagaikan seorang bapa buat saya. Saya akan bersyukur sepanjang hayat saya kerana peluang diberikann­ya,” ujar pemain kebangsaan Itali itu, yang diberi jolokan ‘Little Owl’.

Hubungan mereka bagaimanap­un tidak begitu baik apabila masalah disiplin Verratti menyebabka­n Ancelotti beberapa kali berang.

Bekas bos Chelsea itu pernah dilaporkan memanggil Verratti “dungu” selepas dia dibuang padang secara bodoh dalam aksi liga di Evian pada April 2013 dan dilayangka­n kad kuning 33 kali dalam liga sepanjang tiga musim pertamanya di Perancis.

Pengaruh Verratti di Paris hanya meningkat selepas Ancelotti meninggalk­an kelab itu untuk mengambil alih di Real Madrid pada 2013 namun pemain bergaya itu menjurus kepada perbanding­an dengan pemain hebat Barcelona, Xavi Hernandez jika dia bermain di Sepanyol. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia