Harian Metro

Ifwat ‘curi hati’ Vingada

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kecemerlan­gan penjaga gol muda Ifwat Akmal Chek Kassim bersama Kedah musim ini akhirnya mendapat perhatian jurulatih Harimau Malaya Nelo Vingada untuk menghadapi aksi kelayakan Piala Asia 2019 bulan depan.

Pemain berusia 21 tahun itu berada dalam senarai 24 pelatih yang dipanggil bagi latihan pusat bermula Sabtu ini sebelum menentang Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober dan Hong Kong (10 Oktober).

Ini kali pertama Ifwat dipanggil untuk tugasan antarabang­sa bersama skuad senior dan ia sudah cukup bermakna bagi menyempurn­akan harapan ibunya Rosnah Cha.

“Alhamdulil­ah kerana dapat menyertai latihan skuad senior buat kali pertama. Ini memang cita-cita saya selama ini, mungkin berkat doa ibu dan ahli keluarga semua. Memang ibu saya cukup gembira dengan berita ini, kerana beliau mahu saya mewakili skuad kebangsaan.

“Untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan bukan mudah, saya anggap ini pembakar semangat untuk terus berusaha memberikan aksi lebih baik,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Ifwat menjadi tonggak skuad Helang Merah muncul Piala FA Mei lalu dan membantu kemaraan ke separuh akhir Piala Malaysia.

Selain itu, dia turut berpengala­man di pentas antarabang­sa bersama skuad bawah 22 tahun negara (B-22) layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China tahun depan dan meraih perak Sukan SEA Kuala

Lumpur.

 Penjaga gol Kedah tekad beraksi cemerlang

Bagaimanap­un Ifwat mengakui bukan mudah untuknya bersaing merebut posisi utama dengan kehadiran penjaga gol berpengala­man Khairul Azhan Khalid dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

“Bagi saya untuk dipanggil menyertai latihan skuad kebangsaan juga satu pengalaman yang baik untuk saya tapi saya akan cuba untuk merebut tempat dengan pemain lebih berpengala­man,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia