Harian Metro

Kuala Lumpur kembali ke Liga Super

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Selayang: Selepas lima tahun menanti akhirnya Kuala Lumpur kembali bersaing dalam kancah Liga Super musim depan selepas menewaskan Sabah 2-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang (MPS), malam tadi.

Kemenangan menerusi ledakan dua gol penyerang sensasi Guilherme De Paula dalam perlawanan ke-21 liga itu membolehka­n skuad kendalian Fabio Maciel mengumpul 47 mata untuk kekal sebagai pendahulu.

Berbaki satu perlawanan dengan Johor Darul Ta’zim II, Kuala Lumpur perlu menang untuk muncul juara apabila Terengganu yang turut layak ke Liga Super kini berkongsi 47 mata namun dipisahkan menerusi jaringan gol.

Selepas dikejutkan dengan percubaan pasukan pelawat menerusi Heo Jaen Yeong pada minit ke-12, Kuala Lumpur kemudian memperkema­skan permainan.

Mesin pencetak gol Kuala Lumpur De Paula terus mengganas dengan menyumbat gol pembukaan pada minit ke-14 iaitu jaringan peribadi ke-26 musim ini buat pemain import dari Brazil itu.

Insiden kontrovers­i tercetus pada minit ke-22 apabila pemain dan staf kejurulati­han Sabah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan Tiong Eng Tai yang enggan memberikan sepakan penalti selepas mendakwa bola terkena tangan Hafiz Johar dalam kotak penalti.

Kedudukan babak pertama kekal 1-0 buat skuad The City Boys selepas Sabah terlepas peluang menyamakan kedudukan apabila rembatan Leopold Alfonso Otong diselamatk­an penjaga gol Kamarul Effandi Abdul Rahim.

De Paula atau turut dikenali dengan nama gelaran Wak Doyok sekali lagi menggegar gawang menerusi tandukan pada minit ke-55 untuk memastikan kemenangan 2-0 Kuala Lumpur.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Kuala Lumpur Zhafri Yahya (kiri) berebut bola dengan pemain Sabah Jenius
Karib pada perlawanan Liga Perdana, malam tadi.
FOTO: PEMAIN Kuala Lumpur Zhafri Yahya (kiri) berebut bola dengan pemain Sabah Jenius Karib pada perlawanan Liga Perdana, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia