Harian Metro

Sasar hero Garuda

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Ketika cadangan membawa masuk import kelima musim depan masih hangat didebatkan, Melaka United tampil berani apabila sudah mula memburu pemain tambahan dengan Indonesia menjadi destinasi utama.

Bukan setakat mencari malah Melaka sebenarnya sudah menyenarai­kan seorang pemain skuad kebangsaan Indonesia untuk dibawa masuk musim depan dan pengurus, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahka­n perkara berkenaan.

“Kita sudah memantau pemain berkenaan sebelum cadangan menyenarai­kan import Asia Tenggara dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) lagi.

“Jika cadangan itu direalisas­ikan, maka kita tidak perlu susah payah lagi kerana kita sudah tetapkan pemain yang akan diambil. Pemain itu juga sudah mewakili Indonesia lebih 30 kali.

“Namun begitu, kami juga ada beberapa pilihan lain termasuk penyerang dan pemain sayap yang juga daripada skuad utama negara berkenaan.

“Bagaimanap­un, masih terlalu awal untuk menentukan kedudukan pemain yang dimaksudka­n untuk bersama skuad Hang Tuah. Ia juga berdasarka­n kemampuan kewangan pasukan dan bajet keseluruha­n musim depan,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, pada dasarnya, presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Idris Haron sudah memberi lampu hijau berhubung pembelian pemain berkenaan.

Menurutnya, kehadiran pemain itu bersama Melaka mampu menarik kehadiran penyokong kelahiran Indonesia ke stadium menyaksika­n setiap perlawanan.

Buat masa ini, Melaka memiliki empat import iaitu Marko Simic (Crotia), Felipe de Souza (Brazil), Jasmin Mecinovic (Macedonia) dan Jeon Woo Young (Korea Selatan).

 Pemain Indonesia jadi pilihan utama Melaka United

Bagaimanap­un, kedudukan semua pemain terbabit belum ditentukan, namun peluang mereka untuk kekal bersama Melaka dilihat cerah.

Keempat-empat pemain itu dibawa masuk Jun lalu Woo Young yang hadir sejak awal musim bagi menggantik­an Omid Nazari.

Sebelum ini, presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bercadang menambah satu lagi kuota untuk pemain import Asia Tenggara berbanding peraturan ketika ini yang membenarka­n hanya empat import termasuk satu dari Asia.

Bagaimanap­un, pemain dari Asia Tenggara itu harus beraksi untuk skuad kebangsaan masing-masing dengan penampilan sekurang-kurangnya 30 kali.

 ??  ?? TONGGAK kesebelasa­n utama pasukan Melaka United bakal diperkuatk­an dengan kehadiran pemain import baru.
TONGGAK kesebelasa­n utama pasukan Melaka United bakal diperkuatk­an dengan kehadiran pemain import baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia