Harian Metro

Misi ratah Selangor

-

Melaka: Barisan pemain Melaka United diminta tidak melepaskan peluang mencipta kemenangan ke atas Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.

Pengurus Melaka, Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi berkata, pemain wajar mengambil kesempatan atas aksi di gelanggang sendiri untuk mengalahka­n Selangor sekali gus kekal di Liga Super musim depan.

Katanya, bukan mustahil buat skuad bimbingan jurulatih, Eduardo Almeida itu untuk menang kerana mereka pernah mengecewak­an Perak di gelanggang sama, dua minggu lalu.

“Pemain juga bertindak cemerlang ketika mengikat Johor Darul Ta’zim (Johor DT) 1-1 pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia, Ahad lalu. Saya harap aksi sama dapat diulang sekali lagi apabila bertemu Selangor.

“Jika setiap pemain memainkan peranan masing-masing, sudah pasti keputusan positif mampu diraih walaupun lawan bukan mudah untuk dijinakkan,” katanya.

Melaka memerlukan kemenangan pada pertembung­an itu untuk berada di zon selamat walaupun kedudukan Kelantan dan Sarawak dilihat lebih berisiko ke Liga Perdana.

Mohd Yusoff berkata, skuad Hang Tuah juga tidak boleh mengharapk­an Kelantan dan Sarawak tewas dalam saingan masing-masing berikutan apa saja boleh berlaku.

Selepas mengharung­i 20 perlawanan, Melaka kini berada di tangga kesembilan dengan 21 mata diikuti rapat Kelantan (18 mata), Sarawak 17 mata dan Pulau Pinang (12 mata).

 ?? Mohd Yusof Mahadi ?? Sudah pasti keputusan positif mampu diraih walaupun lawan bukan mudah untuk dijinakkan”
Mohd Yusof Mahadi Sudah pasti keputusan positif mampu diraih walaupun lawan bukan mudah untuk dijinakkan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia