Harian Metro

T-Team pertaruh ‘Pok Nik’ hadapi saingan Tok Gajah

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Bekas penyerang skuad kebangsaan Cameroon, Yannick N’Djeng atau dikenali sebagai ‘Pok Nik’ menjadi taruhan T-Team untuk merobek gawang Pahang dalam aksi penting Liga Super malam ini.

Beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, jurulatih Rahmad Darmawan (gambar) yang membimbing skuad itu sejak musim lalu mengaku beliau terpaksa menagih kudrat bekas penyerang kelab Esperance dalam Liga Tunisia itu untuk meledak jaringan.

“Misi kita wajib menang kerana kedudukan pasukan The Titans dalam liga masih bahaya kerana perbezaan mata tidak begitu jauh. Oleh sebab itu, saya harap N’Djeng mampu memainkan peranan utama dalam aksi penting malam esok (ini).

“Selain N’Djeng, saya juga mengharapk­an pemain lain mampu mempamer aksi sebenar dan peluang harus dimanfaatk­an dengan jaringan selain anggap perlawanan pada malam ini sebagai aksi terakhir biarpun kita masih ada satu perlawanan lagi bertemu Sarawak pada 28 Oktober,” kata Rahmad.

Jika dianalisis kedudukan T-Team di tangga kelapan liga dengan kutipan 22 mata masih belum selamat kerana pasukan di tangga kesembilan iaitu Melaka mengumpul 21 mata, diikuti Kelantan (18 mata) dan Sarawak (17 mata).

Jika skuad yang menggunaka­n slogan ‘Tibang T-Team Tibang’ itu berjaya mengutip tiga mata, mereka akan sah kekal di Liga Super musim depan. Tetapi, jika tewas atau seri, T-Team perlu menunggu keputusan perlawanan pasukan lain.

“Pemain perlu bekerja lebih keras kerana sudah pasti lawan tidak akan memberi laluan mudah kerana mereka pun mahu mengekalka­n kedudukan di tangga kedua liga.

“Namun, saya yakin pemain The Titans mampu beraksi dengan baik selepas mendapat tonik atas kejayaan menundukka­n Pulau Pinang 2-0 pada 20 September lalu,” kata Rahmad yang tidak akan memberi tekanan kepada anak buahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia