Harian Metro

JOSIAH DEDAH RASA TERTIPU

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Memiliki wajah Pan-Asian, pastinya ramai menganggap pelakon Josiah Hogan mempunyai laluan mudah untuk mencari

tapak di Hollywood. Hakikatnya, menurut pelakon kelahiran

Texas, Amerika Syarikat (AS) ini, sebenarnya bukan sesuatu yang mudah

untuk mencuba nasib di sana. Josiah Padilla Hogan atau nama Islamnya, Mohamad Musleh, 31, berkata, dia pernah ditawarkan beraksi dalam projek filem

Hollywood pada Disember lalu. “Pada peringkat awal, semuanya berjalan

lancar dan saya berjaya melepasi tiga peringkat uji bakat secara dalam talian

tahun lalu. “Penggambar­an filem berbentuk trilogi itu juga dijadualka­n berlangsun­g pertengaha­n

tahun ini. “Namun, saya berasa tertipu apabila menerima surat mendakwa kontrak ditamatkan dan nama juga digugurkan atas alasan yang tidak munasabah pada

Jun lalu,” katanya. Menyedari populariti tidak akan dimiliki selama-lamanya, pelakon Syafie Naswip, 25, mengakui zaman kegemilang­annya ketika bekerja dengan pengarah Allahyarha­m Yasmin Ahmad kirakira 10 tahun lalu mungkin sudah berakhir.

Kini, kebanjiran ramai pelakon baru membuatkan Syafie tidak boleh leka, malah dia tidak mahu terus hanyut dengan populariti.

Justeru, pelakon yang popular menerusi filem Mukhsin pada 2007 itu tidak pernah memilih jauh sekali inginkan watak lakonan yang hebat saja.

Disebabkan itu, ada yang beranggapa­n dia tiada tawaran berlakon kerana dilihat seperti terdesak mengambil tawaran walaupun hanya watak kecil.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia