Harian Metro

Ramuan gabung 3 nama popular

-

Pinjamkan Hatiku dihasilkan daripada cetusan idea Ayda yang juga duta produk kecantikan Aurawhite.

Dia cuba membawa dimensi baru terhadap Aurawhite apabila mencadangk­an kepada pemiliknya, pasangan suami isteri, Datuk Saiful Safwan Mohamed Ghazi dan Datin Nur Furyna Azmeer agar menerbitka­n filem ini.

Lantas, mereka berjumpa Osman untuk perbincang­an awal. Daripada situ bermulalah proses demi proses sehinggala­h filem yang menjalani penggambar­an lebih sebulan ini berjaya disempurna­kan.

Ayda mengakui agak gementar apabila mencadangk­an nama Sam kepada Osman. Apatah lagi keadaan ekonomi yang kurang stabil mempengaru­hi peminat memilih filem mana yang wajar ditonton.

“Abang Osman minta pendapat saya untuk pilih siapa yang sesuai bawa watak Naufal. Sudah tentulah saya pilih Sam kerana dia menepati ciri-ciri watak ini selain mempunyai kualiti lakonan yang cemerlang.

“Sebenarnya sebelum itu kami pernah buat sesi fotografi bersama dan ini antara sebab saya mencadangk­an namanya. Syukurlah dia mempamerka­n lakonan hebat dan Abang Osman amat berpuas hati,” katanya.

Aida, 25, melakonkan watak sebagai Laila Safitri, seorang penulis novel. Baginya pengalaman menjayakan Pinjamkan Hatiku sangat menarik dan mencetuska­n memori tersendiri.

“Ada banyak perkara dan peristiwa tak dapat dilupakan. Kami perlu memanjat bukit untuk ke Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing, Pahang, meredah sungai dan bermandi peluh semata-mata mahu mendapatka­n hasil terbaik.

“Selain itu, saya turut mengalami kecederaan di wajah dan kaki akibat terkena rakit, manakala

 ??  ?? Ayda sentiasa ceria di lokasi. Dia berjaya menyuntik aura remaja ke dalam diri saya
Ayda sentiasa ceria di lokasi. Dia berjaya menyuntik aura remaja ke dalam diri saya
 ??  ?? OSMAN (berdiri kanan), Saiful (berdiri dua dari kanan) dan Nur Furyna (berdiri tiga dari kanan) bersama barisan pelakon.
OSMAN (berdiri kanan), Saiful (berdiri dua dari kanan) dan Nur Furyna (berdiri tiga dari kanan) bersama barisan pelakon.
 ??  ?? OSMAN amat teliti dalam kerjanya.
OSMAN amat teliti dalam kerjanya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia