Harian Metro

PULUT KUNING IKON WANITA

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kecekalann­ya sebagai wanita dan ibu sememangny­a tidak dapat disangkal. Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon dan ahli perniagaan, Zarina Zainuddin tidak pernah mengabaika­n tanggungja­wabnya terhadap keluarga tercinta.

Perkongsia­nnya di Instagram juga menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat, sekali gus ramai menjadikan­nya sebagai contoh.

“Ramai yang melihat dan memberikan pelbagai reaksi apabila saya kerap berkongsi pengalaman membesarka­n dua anak autisme di Instagram.

“Ada juga ibu bapa yang datang dan bertemu saya. Mereka minta saya berkongsi tip menguruska­n anak istimewa ini,” katanya.

Walaupun pasangan kembar, Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal), 21, anak istimewa, dia mahu dua puteranya itu menjalani kehidupan seperti orang lain.

“Dari segi perilaku, mungkin mereka berbeza. Namun, saya tak mahu jadikan itu sebagai alasan untuk membiarkan mereka hanya duduk di rumah.

“Saya mahu mereka menjalani kehidupan seperti orang normal lain. Kalau ke majlis atau ada sesi penggambar­an, saya bawa mereka bersama,” katanya.

Kata Zarina, walaupun perlu fokus pada anak, dia masih ada masa terluang mengendali­kan perniagaan.

“Saya berniaga pulut kuning dan produk kosmetik. Alhamdulil­lah, kedua-duanya dapat sambutan.

“Sedikit sebanyak, ia dapat dijadikan sumber kewangan di samping kerja lakonan,” katanya.

Kerana kecekalann­ya itu juga, Zarina diangkat sebagai ikon wanita untuk acara Variation Zone Festival yang berlangsun­g pada 13 hingga 17 Disember depan.

“Acara itu membabitka­n peniaga yang dikumpulka­n di lokasi The Strand, Kota Damansara.

“Selain ada 150 gerai untuk aktiviti jual beli, pengunjung dapat menyertai pelbagai aktiviti dan saya dilantik menjadi ikon peniaga wanita,” katanya.

Zarina berkata, dia ingin membuktika­n wanita juga mampu berjaya dalam dunia perniagaan.

“Sebagai wanita, kita tidak semestinya sekadar mengharapk­an duit poket daripada suami. Kalau ada masa terluang, sertai dunia perniagaan.

“Menerusi perniagaan pulut kuning, saya dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada wanita yang berminat menjadi ejen jualan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia