Harian Metro

DAH TAK SELASAK DULU

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Harith akui

kurang bertenaga

harungi cabaran dalam musim kedua Celebrity Car

Wars

Pengalaman pelawak terkenal Harith Iskander menyertai acara lumba kereta ketika zaman muda sedikit sebanyak membantuny­a mengharung­i cabaran dalam musim kedua program realiti Celebrity Car Wars.

Dalam program lapan episod itu, Harith bersama lima selebriti iaitu Phoemela Baranda (Filipina), Aerin Yuktadatta (Thailand), Dominic Lau (Hong Kong), Jarrod Schulz (Amerika Syarikat) dan Guy Ratchanont (Thailand) perlu menyelesai­kan pelbagai cabaran dengan memandu kereta untuk menjadi juara musim kedua.

Cabaran Celebrity Car Wars kali ini dilakukan di Manila, Filipina dan bersiaran di saluran History setiap Isnin, jam 9.55 malam.

Ketika ditemui baru-baru ini, Harith yang juga pelakon memberitah­u pernah berlumba kereta di litar Sepang dan bekas trek Batu Tiga, Shah Alam.

“Walaupun sudah lama tidak lumba, saya masih ingat macam mana memandu di litar.

“Dalam program realiti ini, antara tugasan diberikan kepada kami adalah lumba ‘drag’ di landasan lapangan terbang lama, memandu secara belakang dan cabaran lumba menggunaka­n trak gergasi,” katanya.

Bercerita mengenai cabaran dihadapiny­a sepanjang berada di Manila, pelawak itu berkata, pemanduan di sebelah kiri kereta serta perjalanan jauh ke lokasi penggambar­an memenatkan.

“Walaupun pernah memandu di luar negara, saya tidak biasa memandu di sebelah kiri kereta. Tambahan pula, ini kali pertama saya melawat Filipina dan tidak sempat berlatih untuk membiasaka­n diri dengan cara pemanduan di Manila.

“Bagi cabaran awal, saya dan peserta terus memandu kereta tanpa berlatih dulu. Memang saya risau akan berlaku kemalangan, namun kami semua diberikan peralatan keselamata­n diri.

“Selain itu, ada tiga pakar lumba di lokasi untuk membimbing,” katanya.

Menjadi peserta paling tua, selebriti berusia 51 tahun ini memberitah­u sudah tidak mempunyai keberanian seperti peserta lain.

“Mereka masih muda dan sangat bertenaga melakukan aktiviti lasak. Walaupun tidak berani seperti mereka, saya tetap seronok,” katanya.

Berkongsi pengalaman sukar dilupakan sepanjang 10 hari berada di Manila pada Julai lalu, Harith berkata, tugas membawa barang keperluan kepada masyarakat peribumi di sebuah perkampung­an menyentuh hatinya.

“Saya diberitahu penduduk di situ perlu berjalan jauh selama dua jam ke pekan berhampira­n untuk membeli barang keperluan.

“Peluang berjumpa mereka membuka mata saya terhadap banyak perkara,” katanya,

Episod kelima Celebrity Car Wars bersiaran pada 9 Oktober ini, jam 9.55 malam menyaksika­n peserta melakukan cabaran jimat minyak kereta.

Peserta perlu menganggar­kan jumlah petrol untuk membolehka­n mereka pandu ke lokasi penamat tanpa kehabisan minyak.

Selepas itu, mereka meneruskan tugasan seterusnya dengan menghantar kelapa untuk penduduk sebuah perkampung­an yang terletak jauh dari bandar.

Program realiti ini turut menampilka­n pakar lumba kereta terkenal Alex Yoong, Gaby Dela Merced dan Michele Bumgarner.

Mereka masih muda dan sangat bertenaga melakukan aktiviti lasak. Walaupun tidak berani seperti mereka, saya tetap seronok

 ??  ??
 ??  ?? H ARITH men jadi peserapali­n g berusia dalam program realiti Celebrity Car Wars musim k edua.
H ARITH men jadi peserapali­n g berusia dalam program realiti Celebrity Car Wars musim k edua.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia