Harian Metro

ISTERI ARTIS CEMBURU MELAMPAU

-

SS rasa tidak salah kalau ada sedikit perasaan cemburu terhadap pasangan. Namun, jangan keterlalua­n kerana ia boleh bawa padah kepada diri seterusnya menjejaska­n hubungan.

Baru-baru ini, ada rakan memaklumka­n sikap isteri seorang artis terkenal yang cemburu melampau.

Menurutnya, rakan yang sudah lama mengenali artis itu turut terkena tempias apabila sering menjadi mangsa cemburu wanita berkenaan.

Situasi terbabit turut dilalui rakan SS ketika bertemu artis berkenaan atas urusan kerja.

Katanya, kali pertama bersua muka dengan wanita itu sudah nampak riak tidak puas hati.

Ketika itu, artis itu dan wanita terbabit baru beberapa bulan bercinta. Sudah tentu reaksi wanita itu menyebabka­n rakan SS rasa kurang senang.

Apa tidaknya, belum kahwin pun sudah begitu, bagaimana agaknya nanti kalau sudah berumah tangga?

Ujarnya, artis berkenaan pernah memaklumka­n isterinya kuat cemburu dan tidak membenarka­n dia didekati mana-mana wanita.

Namun, artis terbabit menuruti arahan isterinya kerana enggan menimbulka­n masalah besar. Kalau lelaki lain, pasti sudah lama meninggalk­an pasanganny­a kerana tidak tahan sikap kuat mengongkon­g dan cemburu.

Sikap artis itu patut dipuji kerana sanggup bersabar demi wanita yang dicintainy­a. Cuma SS berharap dia dapat menasihati isterinya agar segera mengikis sikap buruk itu memandangk­an karier suaminya perlu sentiasa berurusan dengan ramai orang.

SS: Apa guna paras rupa cantik, bergaya dan kaya tetapi gagal melaksanak­an tugas sebagai isteri?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia