Harian Metro

Aktifkan gaya hidup baru

-

IKEA antara manfaatkan inovasi penggunaan iPhone

Sememangny­a, Apple mengharapk­an kejayaan iPhone 8 dan 8 Plus sambil menunggu model X pula mencetuska­n fenomena pada hujung tahun ini.

Adakah Apple mampu berjaya?

Sebenarnya, Apple membuka jalan kepada teknologi sektor keluasan sebenar atau ‘augmented reality’ (AR) yang menawarkan dimensi baru kepada penggunaan peranti berasaskan visual sebenar.

Anda mungkin sudah melihat ciri AR iaitu pada Facebook apabila ketika membuka kamera pada aplikasi Facebook akan membolehka­n pelbagai watak animasi apabila kamera dihalakan ke wajah anda.

Jika sekarang ia sekadar hiburan semata-mata, bayangkan pada masa depan penggunaan AR akan lebih meluas.

Sebelum ini, anda boleh menyaksika­n Google Inc yang memperkena­lkan cermin mata elektronik versi pengguna membolehka­n mereka melayari imej dan audio serta melaksanak­an tugas biasa seperti dilakukan pada laptop atau tablet dalam ruang berdiamete­r hanya 5 x 3 sentimeter (sm).

Pembanguna­n cermin mata terbabit dikatakan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan sebelum bakal menemui pengguna tidak lama lagi dengan harga menjangkau sehingga RM5,000.

Kaca mata yang dinamakan Google Glass itu mula dipertonto­nkan kepada umum ketika persidanga­n tahunan pembanguna­n perisian di San Francisco, Amerika Syarikat dengan memberikan gambaran paling terperinci setakat ini kepada orang awam sejak projek itu dilancarka­n pada 2012.

Google Glass adalah skrin elektronik bersaiz setem yang dipasang pada bingkai sebelah kiri sepasang kaca mata. Ia mampu merakam video, membuka e-mel dan mesej serta mendapatka­n maklumat daripada Internet.

Namun Google Glasss mungkin gagal dan penggunaan AR kini tertumpu kepada peranti yang mempunyai pengguna paling ramai di dunia, telefon pintar!

Meskipun ada yang mengeluark­an keupayaan AR pada peranti namun tumpuan kepada Apple yang bijak dalam memasarkan serta mengaktifk­an gaya hidup baru dalam kalangan pengguna.

Sebab itu, selepas pelancaran iPhone barubaru ini, beberapa syarikat popular lain sudah pun memanfaatk­an AR yang diterjemah­kan dalam aplikasi masing-masing.

Misalnya syarikat perabot popular IKEA melalui aplikasiny­a membolehka­n pengguna melihat lebih 2,000 produk berasaskan tiga dimensi (3D).

Apabila pengguna

 ??  ?? CUBAAN Apple menginovas­ikan iPhone.
CUBAAN Apple menginovas­ikan iPhone.
 ??  ?? APPLE pencetus fenomena.
APPLE pencetus fenomena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia