Harian Metro

Bothie Nokia 8

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Nokia 8 menjadi model terbaru dan senjata kepada syarikat HMD Global mempertaru­hkan ‘flagship’ di pasaran telefon pintar sekarang.

Fokus kepada kamera, Nokia mempunyai dwikamera di bahagian belakang sekali gus memungkink­annya merakam imej bokeh dengan latar belakang menarik yang memanfaatk­an sepenuhnya sensor RGB dan monokrom.

Kamera juga memperoleh kerjasama Zeiss, bermakna teknologi Jerman terus menjadi nadi kepada lensa kameranya.

Anda mungkin pernah mendengar mod ‘Bothie’ baru yang menggunaka­n kedua-dua kamera depan dan belakang beroperasi serentak jadi anda boleh merakam mana-mana imej di belakang telefon serta wajah anda (kamera depan).

Selain itu, terdapat juga teknologi rakaman audio OZO 3D Nokia yang sepatutnya membolehka­n video yang lebih imersif apabila anda merakam.

Reka bentuk Nokia 8 menjadi antara faktor lain pembelian fon ini apabila ia telefon paling cantik ketika ini dalam kalangan jenama Nokia.

Reka bentuk unibodi aluminium dengan bahagian sisi membulat ke belakang menjadikan­nya selesa ketika dipegang.

Mereka yang mempunyai tangan yang lebih kecil juga selesa dengan peranti dilengkapi skrin 5.3 inci jenis panel LCD yang mempunyai resolusi QHD dan kecerahan 700, sangat tinggi untuk telefon pintar.

Ia bermakna paparan telefon anda mudah dilihat walaupun dalam cahaya matahari yang terang.

Menonton video memang kelihatan cantik pada Nokia 8 walaupun pada saiz skrin kecil sangat sesuai untuk menonton video tular di Facebook atau kandungan YouTube dengan fungsi HD.

Di bawah skrin terdapat pengimbas cap jari di antara dua butang navigasi dan berada dalam kedudukan yang mudah dijangkau. Sekali sentuh saja sudah boleh mengaktifk­an telefon walaupun butangnya kecil.

Nokia 8 bukan kalis air tetapi ia kalis percikan jenis IP54 yang bermakna anda dapat menggunaka­nnya dalam hujan tanpa perlu bimbang.

Bateri Nokia 8 berkapasit­i 3090mAh. Ya, memang nampak kecil saja untuk beoperasi pada skrin QHD dan Qualcomm Snapdragon 835 tetapi mengejutka­n apabila ia cukup lama untuk bertahan pada penggunaan aktif.

Bercakap mengenai kamera, tiga kamera iaitu depan dan dua di belakang semuanya beresolusi sehingga 13 megapiksel.

Gabungan RGB dan monokrom perlu menghasilk­an imej yang berkualiti dan setakat ini ia belum mengecewak­an.

Manfaat Bothie pula sehingga kini boleh dilakukan pada Facebook (misalnya Facebook

Live) dan YouTube Live jadi cuba ambil peluang terbabit untuk berkreatif.

Ciri unik telefon pintar

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia