Harian Metro

TEKAD TERUSKAN AKTIVITI SUKARELA

- Hazril Md Nor gen.y@hmetro.com.my

Nur Farhana pemenang utama MAYA 2017 menerusi projek

pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat Orang Asli

Permainan kasual di telefon pintar mempunyai pengikut yang tersendiri. Buktinya, ribuan anak muda memuat turun aplikasi Mobile Legends: Bang Bang di peranti mereka.

Namun, di sebalik keseronoka­n menikmati gaya permainan yang mudah, kasual dan menghiburk­an bersama kawan, pasti terdetik rasa untuk menambah kenalan dari negeri lain.

Itu yang membuatkan Mohd Hafiz Mustaffa, 29, tergerak menubuhkan satu komuniti di Facebook bagi mengumpulk­an pemain Mobile Legends di serata Malaysia.

“Mobile Legends antara ‘game’ yang paling cepat berkembang di negara ini jadi tidak hairanlah begitu ramai anak muda memuat turun permainan ini di telefon pintar mereka.

“Permainan ini lebih sinonim dengan mereka yang tak biasa dengan genre Multiplaye­r Online Battle Arena (MOBA) seperti

Dota 2 dan League of Legends. Mereka hanya ingin mencuba permainan mudah alih yang kini tersohor,” katanya.

Menurutnya, kumpulan diberi nama Mobile Legends Official Malaysia itu disertai lebih 8,700 orang dan berfungsi sebagai platform suai kenal selain menjadi forum perkongsia­n idea dan aduan terhadap ‘bug’ atau kesilapan dari segi teknikal permainan.

Katanya, dia bersama dua rakan yang juga penyelia kumpulan berkenaan berdepan cabaran peringkat awal termasuk penipuan siber dalam usaha merekrut lebih ramai ahli baru.

“Mobile Legends sangat berpengaru­h dan mempunyai kumpulan tidak rasmi di Facebook dan terdapat

 ??  ?? NUR Farhana (tiga dari kiri) selepas menerima anugerah.
NUR Farhana (tiga dari kiri) selepas menerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia