Harian Metro

JADI INSPIRASI BERAT IDEAL

- FatinFarha­na Japre gen.y@hmetro.com.my

Mira kini jurulatih peribadi dengan yuran berpatutan

P emilik akaun Instagram (IG) @miraabakri,Nur Amira Shahira Bakri,24,atau lebih mesra disapa Mira mempunyai 114,000 pengikut di laman sosialnya itu.

Pernah mengalami berat badan berlebihan dan dilihat lebih nampak matang daripada usia sebenar menyebabka­n anak bongsu daripada tiga beradik ini nekad menurunkan berat badannya.

Selepas empat tahun berhempas-pulas, kini Mira berjaya mendapatka­n berat dan bentuk badan ideal yang diimpikann­ya sekali gus membantu individu lain pula dengan menjadi jurulatih peribadi mereka.

Ikuti temu bual penulis bersamanya.

SOALAN (S): Ceritakan mengenai latar belakang M ira?

M IRA(M ): Saya anak bongsu daripada tiga beradik dan berasal dari Sungai Buloh,Selangor.

Saya masih menuntut di tahun pertama dalam jurusan ijazah Sarjana Muda Perniagaan di Universiti Kuala Lumpur, Kampung Baru.

Walaupun masih berstatus penuntut, saya bergiat aktif melakukan reviu produk,perkhidmat­an jurulatih peribadi di gimnasium dan duta makanan kesihatan,Dietmonsta.

S: Apakah faktor utama netizen mengikuti perkembang­an M ira di IG ?

M: Saya mula aktif di IG sejak empat tahun lalu dan gemar memuat naik aktiviti penurunan berat badan di gimnasium.

Secara jujurnya,dulu berat 70 kilogram (kg) menyebabka­n ramai orang menganggap saya nampak tua daripada usia sebenar.

Jadi saya menanam azam untuk kurus tanpa mengharapk­an bantuan sesiapa untuk membimbing saya.

Hanya dalam tempoh enam bulan,saya berjaya turunkan 15kg termasuk buang lemak di badan.

Selepas itu,ramai netizen yang meminta tip pemakanan dan cara senaman yang betul.

Jadi saya berpendapa­t netizen menjadikan saya inspirasi untuk mendapatka­n berat badan ideal.

Selain itu,kegigihan saya menggunaka­n semua peralatan di gimnasium sehingga nampak perubahan fizikal dalam masa singkat menyebabka­n pemilik gimnasium itu menawarkan untuk mendapatka­n sijil jurulatih peribadi dalam tempoh enam bulan.

Sejak diiktiraf sebagai jurulatih peribadi,saya mula menawarkan sesi latihan senaman secara peribadi atau kumpulan dengan yuran yang berpatutan sehingga kini.

S: K ongsikan cabaran ketika proses menurunkan berat badan?

M: Tekanan! Itu yang dapat saya gambarkan sepanjang proses menurunkan berat badan.

Emosi saya tidak menentu dan sentiasa rasa nak marah selagi fizikal tidak mencapai tahap yang diimpikan.

Malah,saya terpaksa lukakan hati banyak pihak terutama ahli keluarga dan rakan.

Ini kerana saya banyak habiskan masa di gimnasium dan tidak menyentuh makanan yang dimasak mereka.

Selain itu,saya perlu kuatkan semangat untuk menghadiri kuliah pagi dengan rasa ‘bisa’ otot yang sedikit sebanyak mengganggu tumpuan terhadap pelajaran.

Saya berkata pada diri sendiri jangan berputus asa dan teruskan perjuangan untuk kurus!

Kini saya boleh tersenyum puas kerana usaha membuahkan hasil. Daripada seluar bersaiz 32 kini saya memakai saiz 26,lebih mudah untuk berfesyen.

Bagi saya ambil perkara yang negatif sebagai motivasi diri untuk menjadi lebih baik manakala dari segi positif,rezeki banyak berpihak kepada saya menerusi dunia kecergasan ini.

Contohnya dulu masa gemuk bilangan rakan boleh dikira dengan jari namun sekarang apabila nama sudah dikenali semakin ramai yang mahu berkawan.

Namun saya tetap berhati-hati kerana lumrah manusia tidak semua sukakan perubahan diri kita.

S: Selain melatih dan bersenam di gimnasium, apakah hobi kegemaran M ira?

M: Setiap hari saya akan terikat dengan empat rutin tetap iaitu kuliah,bersenam, melatih individu secara peribadi dan berkumpula­n.

Kesibukan itu menyebabka­n saya jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.

Oleh itu,setiap kali ada waktu lapang saya lebih memilih meluangkan masa bersama keluarga di rumah manakala rakan perlu berjanji tiga hari lebih awal untuk berjumpa. Sebenarnya,saya juga suka sukan ekstrem seperti panjat gunung,‘jungle trekking’,‘wall climbing’ dan melancong.

Saya suka mendaki seorang diri pada waktu pagi kerana lebih selesa untuk menikmati alam semula jadi tanpa sebarang gangguan.

Kalau pergi melancong di uar negara pula,saya akan mencari lokasi di kawasan bandar dan meneroka gimnasium di sana untuk melihat peralatan mereka yang lebih maju.

S: Apa perkara yang ditakuti dalam hidup M ira?

M: Jatuh sakit! Kalau jatuh sakit saya tidak boleh bersenam dan melakukan apa-apa aktiviti.

Saya pernah menjalani pembedahan pada pertengaha­n tahun kerana appendiks dan perlu berehat selama empat bulan di rumah.

Ini menyebabka­n berat badan saya naik,pelanggan tiada jurulatih dan tidak boleh mengamalka­n ‘eat clean’ supaya luka cepat sembuh.

Selain itu,saya takut ular sebab rumah di kampung selalu dimasuki ular selain faktor fizikalnya yang panjang dan berbisa.

S: Sekiranya M ira tidak membabitka­n diri menerusi kerjaya jurulatih peribadi, apa kerjaya lain yang mungkin diminati?

M: Sejak kecil aktif mewakili sekolah dalam pertanding­an pidato menyebabka­n saya pernah bercita-cita menjadi pembaca berita di stesen televisyen.

Malah sikap yang peramah dan suka berjumpa ramai orang menyebabka­n saya turut berminat untuk menceburi kerjaya pramugari serta pensyarah.

Namun,rezeki saya sudah tertulis sebagai kerjaya jurulatih peribadi.

S: Apakah perancanga­n dan impian M ira pada masa akan datang?

M : Perancanga­n saya nak tamatkan pengajian dengan jayanya dan bercitacit­a menjadi ikon wanita dalam dunia kecergasan serta menjadi usahawan terkemuka ke peringkat antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia