Harian Metro

Kesopanan bermula di rumah

-

Mengaku

diri sebahagian daripada masalah boleh jadi

langkah permulaan

wujud masyarakat

lebih beradab

Namun, hairannya ia gagal ditiru dan diterap semula dalam membentuk sahsiah anak kecil dan remaja pada zaman serba canggih ini.

Betapa ibu bapa hari ini terlalu mementingk­an pendidikan pada awal usia kanak-kanak. Sebolehbol­ehnya, mereka mahu anak mengenal banyak perkara asas seawal umur tiga tahun, lancar membaca ABC pada usia empat tahun dan pandai membaca serta bijak dalam pelajaran pada usia seterusnya.

Dari sudut penglihata­n kanak-kanak pula, mereka cenderung mempelajar­i banyak perkara daripada persekitar­an seharihari. Mereka menyerap segala ilmu di sekolah dan mengambil setiap yang berlaku di sekeliling sebagai contoh dan teladan untuk berdepan situasi serupa pada masa depan. Mungkin di situlah punca mengapa didikan dulu gagal diterap untuk kelompok muda hari ini.

Menurut Pakar Motivasi dan Jurulatih Keibubapaa­n Zaid Mohamad, adalah sukar untuk menidakkan hakikat ibu bapa dan ahli keluarga adalah guru terawal dan paling dekat dengan anak. Mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pembentuka­n sahsiah anak kecil.

“Saya tertarik dengan nukilan seorang kaunselor keluarga, Dorothy Nolte yang mengatakan kanak-kanak akan belajar daripada apa yang mereka alami. Beliau menyebut, ‘jika kanakkanak selalu dikritik, dia akan belajar mengherdik; jika kanak-kanak selalu dibentak, dia akan belajar memberonta­k; jika kanakkanak selalu dikeji, dia akan belajar membenci; jika kanak-kanak selalu dipersalah, dia akan berjiwa lemah.

“Namun, jika kanakkanak ikhlas dipuji, dia akan belajar menghargai; jika kanak-kanak sentiasa dihargai, dia akan berkeyakin­an diri; jika kanak-kanak selalu didengari, dia akan belajar menghormat­i dan jika kanak-kanak sering dihormati, dia akan melonjak martabat’. Ini nukilan beliau yang saya olah semula dalam bahasa Melayu.

“Jelas ibu bapa perlu berhati-hati dalam setiap aspek kehidupan kerana anak kecil memerhatik­an setiap tingkah laku kita. Mereka perlu dilatih untuk mempunyai sikap beradab dan sopan santun sejak kecil. Tiada siapa yang akan suka dengan sikap kurang ajar. Mereka (anak yang tidak beradab) boleh mengganggu mood malah merosakkan hari kita. Namun malangnya, pada zaman serba moden ini kita pasti terjumpa ramai orang sebegitu,” katanya.

Kata Zaid, perkara sama pernah dikaji majalah Readers Digest pada 2013 dengan mengambil sampel dari 36 bandar raya. Mereka mahu melihat sejauh mana penduduk dalam negara berkenaan mengamalka­n adab sopan terhadap individu lain. Namun apa yang mengejutka­n, Kuala Lumpur,

Singapura dan Bangkok menduduki tempat teratas dalam senarai bandar raya yang penuh dengan penduduk tidak sopan!

Perkhabara­n ini amat mengecewak­an kerana Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti pendudukny­a beragama Islam dan adab sopan adalah satu cabang hidup yang amat ditekankan di dalam masyarakat.

“Dalam menghuraik­an soal pendidikan moral anak, kita perlu melihat kembali beberapa hasil kajian umum dalam isu serupa. Mereka mendedahka­n masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang kurang nilai dan budaya kesopanan. Jika dihalusi, sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang asing kerana kita sendiri mungkin pernah berdepan pengalaman pahit ketika bertemu atau berinterak­si dengan orang di sekeliling.

“Boleh jadi, mereka ini di rumah, dalam masyarakat, di jalanan atau di pejabat. Malah tidak hairanlah jika kita sentiasa bertemu dan berinterak­si dengan orang seperti ini.

Ada waktunya, kita tidak boleh menafikan yang kita juga menjadi sebahagian daripada kelompok kurang sopan dan tidak beradab ketika berinterak­si dengan orang lain.

“Jadi, sebelum kita menuduh orang lain sebagai tidak beradab, lebih baik kita lihat ke dalam diri sendiri untuk memastikan kita benar-benar tidak bersalah dalam perkara ini. Sebelum kita marah mereka yang memotong barisan, melanggar peraturan trafik dan menyalahgu­nakan hak umum sewenangwe­nangnya, perhatikan dulu bagaimana perangai serta tingkah laku diri supaya kita tidak tergolong dalam kategori sama.

“Jika ada antara perlakuan tidak sopan berkait dengan diri, segeralah memohon maaf dan usah mengulangi perkara yang boleh menjatuhka­n maruah serta imej. Kita bertanggun­gjawab untuk menjadi contoh individu yang beradab dan berakhlak mulia kepada kanak-kanak dan remaja, terutama anak sendiri,” katanya.

Jelas beliau perasaan tanggungja­wab dan mengaku diri sebagai sebahagian daripada masalah, boleh menjadi langkah permulaan yang besar ke arah mencipta masyarakat yang lebih beradab sopan.

“Cara terbaik untuk menangani masalah sosial ini adalah dengan melawannya secara terus dan berdebat. Bagaimana? Kita hanya perlu menunjukka­n jalan dan menjadi teladan bahawa kita sebenarnya mampu

 ??  ?? DISIPLINKA­N anak sejak usia kecil untuk pembentuka­n modal insan berkualiti pada masa depan.
DISIPLINKA­N anak sejak usia kecil untuk pembentuka­n modal insan berkualiti pada masa depan.
 ?? FOTO ?? IBU BAPA bertanggun­gjawab mengajar anak mengenai adab walaupun hanya
di meja makan.
FOTO IBU BAPA bertanggun­gjawab mengajar anak mengenai adab walaupun hanya di meja makan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia