Harian Metro

Kerusi kenderaan bayi adalah keperluan!

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Dua tahun lagi Malaysia dijangka mewajibkan peraturan penggunaan kerusi bayi dan kanakkanak dalam setiap kenderaan. Namun, melihat kepada korban kemalangan hari ini, nampak seakan-akan tempoh itu terlalu lama untuk dinanti.

Mungkin sesetengah orang berpendapa­t kerusi bayi dan kanak-kanak tidaklah sepenting mengadakan keperluan asas. Pembeliann­ya boleh ditangguh sehingga bayi mencapai umur kanakkanak.

Tahukah ibu bapa menyediaka­n kerusi kereta untuk bayi dan kanak-kanak termasuk dalam senarai perkara utama yang perlu disediakan sekiranya anda mempunyai kenderaan? Anda mungkin memberi alasan mampu memangku bayi atau mengawal pergerakan anak dalam kenderaan yang bergerak, tetapi isu keselamata­n bukanlah perkara yang boleh dikompromi.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, penggunaan kerusi bayi dan kanak- kanak dalam kenderaan berupaya mengurangk­an risiko kematian sehingga 71 peratus untuk bayi dan 54 peratus bagi kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun.

Katanya, pemakaian tali pinggang keledar untuk kanak-kanak dengan umur dan saiz bersesuaia­n dalam kereta, dapat mengurangk­an risiko kecederaan serius atau maut apabila berlaku kemalangan.

Selain itu, penggunaan kerusi tambahan atau booster pula dapat mengurangk­an risiko kecederaan serius sebanyak 45 peratus untuk kanak-kanak berusia antara empat sehingga lapan tahun.

Oleh itu, jenis kerusi manakah yang sesuai untuk si manja tersayang? Menurut pengeluar barangan kelengkapa­n dan aksesori bayi, Sweet Cherry, terdapat empat jenis kerusi bayi dan kanak-kanak yang boleh dipilih mengikut keperluan, umur, kesesuaian dan bajet ibu bapa. Berikut tip memilih kerusi bayi paling tepat sebagai panduan ibu bapa.

KERUSI PERTAMA BAYI

Salah satu keperluan penting sebaik bayi lahir adalah memiliki kerusi kereta bayi. Kerusi jenis ini khusus untuk bayi dan boleh digunakan sehingga usianya mencapai 12 bulan, bergantung kepada saiz dan berat tubuh. Ada jenama yang mengehadka­n sehingga berat bayi 10 kilogram (kg), ada juga yang mencapai 13kg.

Kerusi jenis ini biasanya dilabel dengan saiz 0+ dan mempunyai sokongan pada bahagian kepala serta tulang belakang. Ia bersifat mudah alih, mempunyai pemegang seperti bakul dan boleh diangkat masuk atau keluar daripada kereta pada bila-bila masa.

Bagi sesetengah jenama, ia boleh dijadikan kerusi goyang atau dipasang pada kereta sorong bayi. Ini secara tidak langsung memberi banyak kelebihan kepada ibu bapa dan bayi itu sendiri.

Bagaimanap­un, penting untuk anda membaca risalah dan manual

 ??  ??
 ??  ?? KERUSI kombinasi.
KERUSI kombinasi.
 ??  ?? KERUSI pertama bayi.
KERUSI pertama bayi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia