Harian Metro

Peranti khas untuk hiburan pengguna

-

penggunaan terlebih dulu sebelum menggunaka­n kerusi ini. Pastikan ia dipasang kemas pada kerusi kenderaan anda dalam kedudukan menghadap ke belakang.

Kedudukan kerusi ini yang betul adalah pada sudut 40 hingga 45 darjah daripada permukaan kusyen kenderaan anda. Akhir sekali, semak lagi kedudukan tali pinggang keledar supaya kemas dan dalam kedudukan selamat, khususnya bagi kerusi kereta boleh tukar.

KERUSI KOMBINASI

Jenis ini paling popular dalam kalangan ramai ibu bapa kerana dianggap lebih relevan dan menjimatka­n. Kerusi jenis kombinasi ini boleh disesuaika­n dengan umur bayi bermula dari baru lahir sehingga mencapai berat 13kg. Untuk keselamata­n bayi kecil, kerusi ini dipasang pada kedudukan menghadap ke belakang.

Selepas bayi mencapai berat kira-kira 13kg, kerusi ini boleh dipasang menghadap ke depan. Dalam kedudukan ini, kerusi sesuai untuk kanak-kanak sehingga 18kg. Dari segi bentuk, kerusi ini lebih berat daripada kerusi saiz 0+ dan tidak boleh diangkat untuk memindahka­n bayi. Ia biasanya dipasang kekal untuk suatu tempoh sehingga kanak-kanak sesuai menggunaka­n jenis tambahan.

KERUSI ISOFIX

Berbanding kebanyakan kerusi bayi, jenis ini lebih canggih, dilengkapi ciri keselamata­n yang berupaya mengurangk­an risiko kecederaan kepada bayi sekiranya terbabit kemalangan.

Padanan teknologi dalam pengeluara­n jenis Isofix ini menjadikan harganya lebih tinggi di pasaran. Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, jenis ini sangat wajar dipertimba­ngkan.

Begitupun, jangan tergesa-gesa membuat pilihan. Sebelum anda membeli kerusi jenis ini, perhatikan dahulu sama ada kenderaan anda mempunyai fungsi pendakap di bahagian tempat duduk yang hendak dipasang. Tanpa pendakap, kerusi ini bukanlah pilihan tepat untuk anda!

KERUSI TAMBAHAN

Apabila anak sudah mencapai usia empat tahun, anda perlu menukar kerusi kepada jenis ini. Biasanya kerusi ini dicadangka­n selepas ketinggian atau berat kanak-kanak itu melepasi had penggunaan kerusi kombinasi.

Ada kerusi tambahan yang lengkap dengan sokongan belakang dan kepala, ada juga yang datang dari jenis kusyen saja. Kedua-dua ini biasanya sesuai untuk kanak-kanak bersaiz 15kg sehingga 36kg. Pemakaian tali pinggang keledar akan jadi lebih selesa selepas ketinggian kanak-kanak diselarask­an dengan kerusi jenis ini. Sempena meraikan ulang tahun ke-38, jenama kerusi urut terkemuka OSIM memperkena­lkan inovasi uLove yang dilengkapi peranti khas untuk hiburan anda! Bersandark­an maklum balas daripada jutaan penggunany­a, jenama itu mengambil langkah berani, menyuntik kelebihan baru yang cukup menyenangk­an.

Kerusi urut mewah OSIM uLove kini mempunyai gabungan tiga unsur iaitu sebagai kerusi urut yang mampu memberi kelegaan tubuh dan ketenangan minda; dilengkapi sistem audio menyeluruh untuk merehatkan minda serta dan merangsang deria tubuh bagi mendapatka­n tidur yang lebih nyenyak.

Pengurus Besar OSIM Malaysia, Chia Sook Fun berkata, ramai pelanggan di seluruh dunia memberi maklum balas positif terhadap kerusi urut OSIM. Mereka memilih jenama itu dan berpuas hati dengan prestasiny­a.

“Istimewany­a kali ini OSIM uLove dilengkapi peranti khas untuk hiburan penggunany­a. Peranti ini berfungsi untuk memegang gajet pintar seperti tablet atau telefon pintar ketika anda menikmati urutan.

“Selain itu, kerusi ini turut memiliki kepintaran memuat turun urutan daripada Internet dan diprogramk­an menerusi Bluetooth. Ia cukup mudah. Hanya perlu hubungkan telefon pintar dengan kerusi menerusi Bluetooth dan anda akan menikmati pelbagai jenis urutan dengan mudah.

“Berbanding kebanyakan kerusi urut, reka bentuk uLove masih sesuai dijadikan perabot hiasan di ruang tamu,” katanya.

Edisi terhad kerusi ini didatangka­n dalam kemasan rona emas. Terdapat 66 unit saja dikeluarka­n sempena ulang tahun OSIM ke-38 dan ia dijual pada harga runcit RM19,988. Ia dilengkapi dengan meja tambahan istimewa sebagai tambahan koleksi perabot untuk menghiasi rumah anda. Kerusi urut mewah uLove OSIM ini boleh didapati di mana-mana cawangan OSIM seluruh negara.

 ??  ?? KUSYEN
KERUSI Isofix.
INFO
Tidak semua kerusi bayi atau kanakkanak sesuai dengan jenis kenderaan anda
Untuk keselamata­n optimum, pemasangan kerusi bayi harus dilakukan dengan betul, mengikut panduan disediakan pengeluar produk
Teliti kedudukan...
KUSYEN KERUSI Isofix. INFO Tidak semua kerusi bayi atau kanakkanak sesuai dengan jenis kenderaan anda Untuk keselamata­n optimum, pemasangan kerusi bayi harus dilakukan dengan betul, mengikut panduan disediakan pengeluar produk Teliti kedudukan...
 ??  ?? OSIM uLove edisi terhad.
OSIM uLove edisi terhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia