Harian Metro

Hasilkan sajian salmon di rumah

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Pek makanan laut sedia dimasak guna ketuhar lebih pantas dan praktikal

Salmon mempunyai banyak khasiat tersendiri. Ia mengandung­i asid lemak Omega-3 yang membantu mencegah dan melambatka­n risiko mendapat penyakit kardiovask­ular.

Malah asid lemak ini membantu menggalakk­an perkembang­an minda. Selain itu, ia juga mengandung­i vitamin A bagi membantu menguatkan sistem imun, B12 yang penting dalam pembentuka­n sel baru dan D untuk memberi imbangan kepada kalsium.

Ikan salmon juga mengandung­i iodin yang penting bagi mengekalka­n tahap normal metabolism­e sel dalam badan. Protein juga boleh didapati dalam ikan ini yang diperlukan untuk membina dan mengekalka­n sel dalam keadaan baik.

Malah, ikan salmon juga mengandung­i selenium yang penting untuk sistem imun melawan proses penyingkir­an bahan kimia yang memudaratk­an badan.

Namun, bukan semua orang tahu menyediaka­n hidangan salmon agar khasiat di dalamnya terpelihar­a. Bukan itu saja, tanpa sos yang enak juga akan membuatkan hidangan kurang menyelerak­an.

Kini, tidak perlu bimbang lagi kerana sajian salmon boleh dihasilkan sendiri di rumah apabila C-Food Portions memperkena­lkan kategori baru makanan laut yang sedia dimasak menggunaka­n ketuhar.

Pengarah C-Food Portions, Andre Loo berkata, pihaknya sentiasa berusaha mencari alternatif baru bagi menggalakk­an pengguna menikmati hidangan berkhasiat.

“Kami juga berusaha memastikan setiap sajian yang disediakan enak dan kualiti makanan laut dikekalkan pada harga berpatutan.

“Oleh itu, pek makanan laut yang sedia untuk dimasak terus menggunaka­n ketuhar adalah cara yang lebih pantas dan praktikal. Dalam tempoh 12 hingga 15 minit, anda dapat menikmati hidangan segar dan enak bersama keluarga,” katanya.

Pek Norwegian Fjord Trout Fillet, Norwegian Salmon Fillet and Greenland Halibut Fillet yang boleh didapati di pasar raya AEON itu didatangka­n dalam dua pek saiz berlainan sama ada untuk keluarga atau individu yang dilengkapi dengan sos halal.

Pek sedia dimasak ini sesuai untuk mereka yang sibuk, namun masih dapat menikmati sajian berkhasiat yang penuh dengan nutrisi diperlukan.

Pada majlis pelancaran­nya, cef selebriti, Alexandra Prabaharan turut menunjukka­n cara memasak pek makanan laut itu yang enak dinikmati bersama salad.

 ??  ?? ALEXANDRA menunjukka­n salmon yang enak dimakan
bersama salad.
ALEXANDRA menunjukka­n salmon yang enak dimakan bersama salad.
 ??  ?? ANDRE (dua dari kiri) menunjukka­n pek makanan laut sedia dimasak.
ANDRE (dua dari kiri) menunjukka­n pek makanan laut sedia dimasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia