Harian Metro

Siri jelajah masakan Jepun

-

Malaysia negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan, namun masyarakat di negara ini juga tidak terkecuali menerima kemasukan pelbagai jenis makanan termasuk Jepun.

Budaya Jepun di Malaysia kini semakin berkembang terutama makanannya yang unik dan berkhasiat kerana hampir semua sajian dihasilkan daripada bahan segar.

Sushi, teppanyaki dan ramen antara antara makanan yang berjaya menarik perhatian dan semakin diminati masyarakat kita.

Dorsett Hotel and Resorts Internatio­nal menanti kedatangan peminat makanan Jepun melalui siri jelajah makanan dari negara matahari terbit itu di empat rangkaian hotelnya di negara ini.

Pengurus Besar Hotel Dorsett Putrajaya, Alfred Paulsen berkata, siri jelajah yang diketuai tukang masak yang dibawa khas dari

Jepun itu menawarkan lima set hidangan popular yang berharga di antara RM55 hingga RM128.

“Lima set hidangan popular yang ditawarkan itu ialah tempura (RM55), sushi (RM78); daging sukiyaki (RM88); shokado bento (RM108) dan sashimi (RM128) malah, semua hidangan ini disediakan tukang masak dari Jepun, Shigeaki Ota.

“Semua masakan halal dan tidak menggunaka­n sebarang perasa tambahan malah beberapa bahan mentah turut dibawa dari jepun untuk mengekalka­n keaslian hidangan,” katanya.

Menurutnya, siri jelajah itu sudah bermula di Hotel Dorsett Subang pada 4 hingga 16 September manakala di Hotel Dorsett Putrajaya pada 14 hingga 23 September, Hotel

Dorsett Kuala Lumpur

(22 hingga 30 September) dan Hotel Dorsett Labuan

(28 September hingga 8 Oktober).

“Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri keenakan makanan dari Jepun ini kerana tukang masak yang dibawa berpengala­man luas dan pernah menyediaka­n makanan di Istana Jepun.

“Selain itu, pemegang kad kredit CIMB juga boleh menikmati diskaun 25 peratus apabila mereka membelanja­kan RM300 dalam satu resit,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia