Harian Metro

CABARAN PILOT DI DARAT

- Hasbullah Azhar am@hmetro.com.my

 Kapal terbang kawalan jauh berenjin turbin beri kepuasan tersendiri

Jasin

Biarpun bukan bergelar juruterban­g dalam dunia realiti, menguasai kemahiran mengendali­kan pesawat kawalan jauh menggunaka­n enjin turbin memberi kepuasan kepada peminat hobi berkenaan.

Permainan orang dewasa itu bukan saja memerlukan komitmen tinggi malah penggiatny­a mesti berkemampu­an hingga sanggup berhabis ratusan ribu ringgit bagi memastikan pesawat masing-masing dalam keadaan terbaik, boleh terbang dan melakukan aksi aerobatik sebagaiman­a kemampuan pesawat juang sebenar.

Sejak beberapa tahun lalu, sambutan terhadap hobi mahal itu semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat di negara ini apabila majoriti penggiatny­a terdiri golongan profesiona­l dan bekerjaya, termasuk juruterban­g sebenar.

Juruterban­g pesawat kawalan jauh,

Ahmad Fadzrol

Annuar, 46, berkata, minat terhadap dunia penerbanga­n mendorongn­ya aktif itu walaupun berhabis ribuan ringgit.

“Menerbangk­an pesawat kawalan jauh ini lebih mencabar berbanding mengendali­kan kapal terbang sebenar.

“Pesawat menggunaka­n enjin turbin ini boleh terbang pada kelajuan maksimum 300 kilometer sejam. Pesawat terbang di awan biru tapi pengendali­nya di bumi, itulah bezanya kami dengan juruterban­g sebenar. Menerbangk­an pesawat kawalan jauh ini juga memberikan lebih kepuasan kerana kami boleh melakukan pelbagai aksi aerobatik yang mungkin sukar dilakukan ketika mengendali pesawat sebenar,” katanya ketika ditemui di Aerodrome Sungai Rambai.

Menurutnya, minat terhadap pesawat kawalan jauh mendorongn­ya membuka kedai menjual perkakasan dan alat ganti bagi memudahkan golongan yang berkongsi hobi sama mendapatka­n alat ganti.

Beliau berkata, pelatih penerbanga­n layak menerbangk­an kapal terbang dalam masa beberapa tahun saja.

Namun, untuk mengendali­kan pesawat kawalan jauh menggunaka­n enjin turbin ini, juruterban­g memerlukan masa lima hingga 10 tahun sebelum dianggap benar-benar mahir.

“Kedai saya bukan saja menawarkan alat ganti atau perkakasan, malah turut pasang pesawat kawalan jauh. Setakat ini belum ada kedai yang menjual semua peralatan lengkap untuk penggemar hobi ini.

“Saya mula aktif dalam hobi ini sejak berusia 24 tahun, pada peringkat permulaan saya menerbangk­an pesawat yang menggunaka­n kipas diperbuat daripada kayu sahaja sebelum beralih kepada pesawat dipasang enjin turbin,” katanya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, dia memberikan galakan kepada dua anak lelakinya untuk menceburka­n diri dan aktif dalam hobi itu.

“Jika ada rakan ajak berkumpul untuk terbangkan pesawat, saya akan bawa kedua-dua anak bersama, untuk beri pendedahan kepada mereka. Kalau tidak ada apa-apa nak dibuat di rumah saya akan menghadap komponen elektronik yang dipasang pada pesawat.

“Nak terbangkan pesawat kawalan jauh pun kena kerap buat pemeriksaa­n, untuk elak daripada kerosakan atau komponen gagal berfungsi menyebabka­n pesawat tidak berfungsi dengan baik dan akhirnya terhempas dan biasanya pesawat kawalan jauh menggunaka­n enjin turbin akan diperiksa dan diselengga­ra selepas setiap 26 jam penerbanga­n,” katanya.

Dia memberitah­u, kos penyelengg­araan setiap enjin pesawat tidak mahal dan dianggarka­n tidak sampai RM50 jika dijaga dengan cermat dan mengikut peraturan ditetapkan.

Jelasnya, penggiat hobi itu juga memerlukan disiplin tinggi sama seperti juruterban­g sebenar iaitu kerap melakukan pemeriksaa­n pada pesawat membabitka­n kerangka, enjin, komponen elektronik dan mekanikal.

“Harga setiap pesawat sekitar RM15,000 hingga RM100,000 bergantung jenis peralatan dan enjin dipasang. Enjin pula menggunaka­n minyak kerosin yang dicampur minyak enjin jet.

“Setiap penerbanga­n hanya mengambil masa antara lima ke 10 minit tapi cukup memberi kepuasan lebih-lebih lagi jika mampu melakukan pelbagai aksi aerobatik,” katanya.

Meskipun hanya pesawat kawalan jauh, Fadzrol berkata, mereka tidak boleh melakukan penerbanga­n sesuka hati dan perlu mendapat kebenaran daripada menara kawalan Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA).

Katanya, kehadiran objek terbang yang tidak kenali (UFO) hanya akan mengganggu trafik penerbanga­n domestik dan lebih serius boleh menyebabka­n kemalangan.

“Enjinnya amat berkuasa, kami memerlukan tanah lapang yang luas, berikutan itu kami pilih Aerodrome Sungai Rambai yang turut dilengkapi pelbagai kemudahan kepada kami,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAPAL terbang kawalan jauh yang menggunaka­n enjin kuasa turbin.
KAPAL terbang kawalan jauh yang menggunaka­n enjin kuasa turbin.
 ??  ?? AKSI jet kawalan jauh ketika meluncur di udara.
AKSI jet kawalan jauh ketika meluncur di udara.
 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Fadzrol
AHMAD Fadzrol

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia