Harian Metro

TAG KESELAMATA­N BAYI

 Hospital Banting perkenal tag keselamata­n elak risiko tertukar, kecurian

- Norrasyida­h Arshad am@hmetro.com.my

Hospital Banting dipilih menjadi hospital kerajaan pertama menyediaka­n peranti keselamata­n B-Tag & Track yang berfungsi khas untuk menjaga keselamata­n bayi baru dilahirkan.

Ia turut berupaya mengelak berlaku risiko kecurian atau penukaran bayi walaupun kes berkenaan terpencil di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, peranti itu menggunaka­n sistem Identifika­si Frekuensi Teknologi Radio (RFID) untuk mengesan dan menentukan kedudukan semasa bayi di dalam wad. “Selain itu, ia dapat membuat pengesanan sepadan antara ibu dan bayi secara automatik yang diletakkan di tubuh masing-masing termasuk katil mereka.

“Tag itu digunakan dengan aplikasi perisisan keselamata­n bayi yang menyediaka­n pengesanan dan pemantauan lokasi tepat pada setiap masa. Sebagai contoh, mana-mana bayi yang dibawa keluar wad tanpa kebenaran dapat dipantau menggunaka­n peranti itu,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan Peranti B-tag & Track di Agensi Angkasa Negara, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Dr Noordin Ahmad dan Timbalan Pengarah Kesihatan Selangor Dr Murniati Hasan.

Menurut beliau, bayi yang menggunaka­n peranti itu akan dapat dipantau, malah jururawat mampu mengesan jika ada pihak cuba menanggalk­annya.

“Amaran itu akan dikesan melalui bunyi siren atau notifikasi yang dihantar terus ke e-mel,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SITI Nur Khadijah Abdullah, 20, dan bayi, Adam Nasraf yang memakai B-Tag&Track.
SITI Nur Khadijah Abdullah, 20, dan bayi, Adam Nasraf yang memakai B-Tag&Track.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia