Harian Metro

10 Fakta Menarik Fiesta Labur

-

1Peluang menerima baucar tunai untuk digunakan bagi membuka akaun baru dengan ASNB.

2Hadiah keseluruha­n cabutan bertuah bernilai RM150,000.

3Penampila­n istimewa Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil) menghiburk­an pengunjung cilik di samping berkongsi tip untuk menabung dalam program Ceria bersama Pak Nil.

4Program Santai Labur menampilka­n usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Datuk Aliff Syukri yang akan berkongsi pengalaman membina empayar perniagaan serta sebab mengapa mereka terus melabur.

5Persembah­an artis popular seperti Ziana Zain, Aiman Tino, Wany Hasrita, Elly Mazlein dan Herman Tino.

6Cef Adu Amran berkongsi resipi menarik dan berkhasiat pada kos minimum dalam sesi Eating Healthy on A Budget.

7Ahyat Ishak akan berkongsi tip dan strategi untuk memiliki rumah idaman dan bagaimana pelaburan dalam unit amanah ASNB boleh membantu meningkatk­an peluang mendapatka­n pinjaman.

850 gerai menjual dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an.

9Kaunter Perkhidmat­an ASNB akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang untuk urusan pelaburan dalam unit amanah ASNB manakala Kaunter Perancanga­n Kewangan akan dibuka dari jam 9 pagi hingg 9 malam bagi memberi khidmat nasihat pelaburan serta urus niaga lain.

10Pertandi­ngan Kuiz Pelaburan PNB akan mengumpulk­an peserta dari empat kategori iaitu badan beruniform, institusi pengajian tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan sekolah menengah dalam pertanding­an separuh akhir serta akhir yang akan berlangsun­g pada 28 dan 29 September 2017.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia