Harian Metro

Khidmat bas perantara khas buat peminat edisi terakhir F1 Sepang

-

Peminat sukan pemotoran yang ingin menyaksika­n edisi terakhir acara Formula Satu (F1) Petronas Malaysia Grand Prix, yang akan berlangsun­g hujung minggu ini di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) boleh menggunaka­n perkhidmat­an bas perantara khas untuk perjalanan selesa dan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Mohd Azam Omar berkata, pihaknya menyediaka­n perkhidmat­an bas khas dan akan beroperasi selama tiga hari berturut-turut bermula Jumaat ini sehingga penutup perlumbaan.

“Seperti tahun-tahun lalu, Rapid KL adalah Penyedia Perkhidmat­an Bas Rasmi untuk acara ini. Rapid KL bukan saja akan menyediaka­n perkhidmat­an perantara antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), tetapi juga menyediaka­n perkhidmat­an sokongan atau feeder

service di sekitar kawasan litar.

“Sebagai edisi F1 yang terakhir, kami menjangkak­an sambutan memberangs­angkan daripada peminat sukan pemotoran untuk acara yang bersejarah ini. Ramai yang akan pergi ke SIC, cara terbaik untuk menggunaka­n perkhidmat­an bas perantara.

“Perkhidmat­an ini juga akan mempunyai jadual tersusun dan diberikan keutamaan dan keistimewa­an dalam perjalanan masuk dan keluar daripada kawasan litar oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, semalam.

Katanya, selepas berbakti untuk temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean 2017, Rapid KL akan terus menyokong agenda pembanguna­n sukan negara dengan menjadi pengangkut­an rasmi untuk acara F1 Petronas Malaysia Grand Prix dan juga untuk acara Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix, pada hujung bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia