Harian Metro

Tetap import beras

-

Subang Jaya: Malaysia tidak akan menghentik­an import beras supaya permintaan dan cita rasa penduduk terhadap pelbagai sumber karbohidra­t itu dapat dipenuhi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, import beras yang dilakukan itu bukan semata-mata kerana keperluan, tetapi kerana pilihan.

“Import (beras), kita tidak akan hentikan. Thailand pun ada import. Dia antara pengekspor­t terbesar, tetapi Basmati dia tidak tanam. Tetapi ada rakyatnya yang hendak makan Basmati, maka dia import Basmati.

“Jangan kita kata negara pengeluar beras yang besar tidak ada import langsung kerana beras ini ada pelbagai yang tidak ada satu negara boleh mengeluark­an semua sekali.

“China misalnya, pengeluar beras terbesar dunia. Kita (menghasilk­an) dua juta tan metrik. Dia 140 juta (tan metrik), tetapi ada unsur import yang masih besar lagi. Dia bukan pengekspor­t,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n Padi Kebangsaan 2017 di Dorsett Grand Subang, di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut melancarka­n Prosedur Operasi Standard (SOP) Penguranga­n Kehilangan Selepas Tuai Padi.

Bagi tujuan eksport pula, Ahmad Shabery berkata, potensinya ada pada beras tertentu seperti beras Bario dan MRQ76.

Menurutnya, beberapa aspek lain juga perlu dilihat termasuk memperting­katkan lagi pembanguna­n produk daripada beras.

 ??  ?? AHMAD Shabery (dua dari kanan) diberi penerangan oleh Pegawai Bahagian Ladang Seri Merbok Norainy Hashim (kiri).
AHMAD Shabery (dua dari kanan) diberi penerangan oleh Pegawai Bahagian Ladang Seri Merbok Norainy Hashim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia