Harian Metro

Muhasabah diri ketika meniti usia 40 tahun

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama daripada malaikat Jibril di Gua Hira’ ketika berusia 40 tahun dengan wahyu yang memerintah­kannya untuk membaca iaitu ‘iqra’.

Tentunya ada rahsia di sebalik usia 40 tahun kerana bukan Nabi Muhammad SAW saja yang diangkat menjadi Rasul, tetapi ada ramai Nabi selain baginda yang diangkat menjadi Rasul ketika di usia itu.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifik­asikan menjadi empat tempoh, iaitu kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh); muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun); dewasa (40 tahun hingga 60 tahun) dan tua atau syaikhukha­h (60 tahun hingga mati).

Ada pepatah Inggeris mengatakan ‘Life begins at

forty’ yang membawa maksud kehidupan itu bermula pada usia 40 tahun yang tentunya berdasarka­n persepsi Barat bahawa, itulah saat untuk menikmati hidup yang sempurna.

Pandangan bahawa hidup bermula pada usia 40 diketengah­kan pada abad ke-20; sebelum itu lebih tepat untuk mengatakan ‘kematian bermula pada usia empat puluh’ kerana kebanyakan orang tidak hidup jauh melebihi usia itu.

Jangka hayat di England pada abad pertengaha­n adalah sekitar 25 tahun dan hanya mencapai empat puluh pada sekitar abad ke-20 dan pada 1930-an masyarakat barat dapat mengharapk­an mantra yang layak untuk bersara yang cukup lumayan, bebas daripada pekerjaan dan tanggungja­wab penjagaan anak.

Pada 1932, ahli psikologi Amerika, Walter Pitkin menerbitka­n buku Life Begins

At Forty, Pitkin menyatakan dengan yakin: hidup bermula pada usia 40 dan inilah hasil revolusi Era Baru kita, lantas hari ini ia adalah setengah kebenaran dan esok ia akan menjadi sejarah.

Daripada kaca mata ahli psikologi, usia 40 tahun sering disebut sebagai masa dewasa dan orang yang berada di usia ini lebih popular disebut setengah baya, dari sudut kedudukan usia dan terjadinya perubahan fizikal mahupun psikologi, memiliki banyak kesamaan dengan masa remaja.

Melalui masa remaja adalah masa peralihan, dalam erti kata bukan lagi masa kanak-kanak, namun belum boleh disebut dewasa, maka pada setengah baya, tidak dapat lagi disebut muda, namun juga belum boleh dikatakan tua.

Secara fizikal, pada masa remaja terjadi perubahan yang demikian pesat menuju ke arah kesempurna­an yang berpengaru­h, sedangkan individu setengah baya juga mengalami perubahan fizikal, namun dalam pengertian terjadi penurunan akan mempengaru­hi keadaan psikologin­ya.

Petunjuk untuk saat usia empat puluhan ini sudah ada gambaranny­a dalam al-Quran: “Kami perintahka­n kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibu mengandung­kannya dengan susah payah dan melahirkan­nya dengan susah payah.

“Ya Tuhanku, tunjukkanl­ah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redai; berilah kebaikan kepadaku dengan kepada anak cucuku. Sesungguhn­ya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhn­ya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. (Q.S. al-Ahqaf: 15)

Al-Qur’an memberikan pandangan tersendiri terhadap manusia tatkala mencapai usia 40 tahun yang disebutkan dalam surah Al-Ahkaf pastinya bukan hal yang main-main, Allah menyebutka­n secara jelas usia manusia yang dimaksudka­n dan Allah menyuruh manusia untuk berdoa pada usia itu.

Menurut mufasir, usia 40 tahun adalah usia manusia mencapai puncak kehidupann­ya baik dari segi fizikal, intelektua­l, emosi, karya, mahupun spiritualn­ya dan orang yang berusia 40 tahun benar-benar telah meninggalk­an usia mudanya dan beralih menapak ke usia dewasa sepenuhnya.

Apa yang dialami pada usia ini sifatnya stabil, mapan, kukuh dan perilaku di usia ini akan menjadi kayu ukur pada langkah usia selanjutny­a, justeru beberapa ahli tafsir menjelaska­n sebagai ayat yang berisikan nasihat kepada manusia untuk selalu bersyukur, beringat dan mendoakan kedua orang tuanya.

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, Wahab bin Munabbih dan Masruq, yang dimaksudka­n dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat itu tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaha­rui taubat dan kembali kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh kerana sesudah 40 bermakna jalan pulang telah terbentang.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup, mengumpulk­an pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksan­aan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan dada terbuka dan penuh penelitian.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan eksklusif seperti ketua negara, disyaratka­n bakal calon harus telah berusia 40 tahun dan masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu berusia 40 tahun.

Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada usia 46 tahun. John F Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun dan Tony Blair ketika berusia 44 tahun.

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalk­an masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa dan jika diteliti yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatn­ya minat seseorang terhadap agama sedangkan ketika mudanya jauh sekali dengan agama.

Seolah-olah macam sudah menjadi trend penghijrah­an atau satu fitrah di usia ini ramai orang yang mula berjinak-jinak dengan masjid dan majlis ilmu dan perempuan pula ada yang mula menutup aurat dan seperti suami mereka mula cenderung menghadiri kuliah agama.

Mungkin bagi masyarakat Barat usia 40 dianggap sebagai period untuk menikmati kehidupan bebas tetapi bagi umat Islam ia saat untuk muhasabah kerana perjalanan hidup matlamat akhirnya bukan di sini di atas planet dunia.

Pandangan hidup juga mula berubah meskipun bukan bermakna membuang dunia, tetapi sudah merasakan perlunya ada keseimbang­an untuk menjalani kehidupan dengan kesedaran dan kematangan kerana manusia tidak boleh selamanya menongkat langit.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia