Harian Metro

Oracle sasar tarik PKS guna penyelesai­an teknologi awan

-

Kuala Lumpur: Oracle Corp Malaysia Sdn Bhd (Oracle), menyasarka­n untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berskala sederhana hingga besar untuk menggunaka­n penyelesai­an teknologi awan.

Pengarah Urusannya Fitri Abdullah berkata, menerusi pelancaran Hab Digital syarikat itu, satu pasukan baru akan memberi tumpuan kepada usaha membantu melancarka­n peralihan syarikat bersaiz sederhana kepada teknologi berkenaan.

“Ini akan turut membantu PKS memanfaatk­an penyelesai­an awan Oracle Cloud bagi meningkatk­an aspek operasi, inovasi serta mewujudkan satu platform bagi pertumbuha­n.

“PKS Malaysia juga dapat menjadi lebih kompetitif sejajar usaha memperkuku­hkan lagi kehadiran mereka dalam ekonomi digital dengan menggunaka­n teknologi awan dan digital berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersama melancarka­n Hab Digital Oracle dengan Naib Presiden Kanan Oracle bagi kawasan Jepun dan Asia Pasifik Francois Lancon serta Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL Datuk Zainal Amanshah.

Hab Digital itu melengkapi fungsi sokongan dan jualan digital Oracle wilayah Asia-Pasifik yang berpejabat dan menyediaka­n khidmat kepada pasaran tempatan dan 21 negara di seluruh dunia.

Sementara itu, Lancon berkata, kumpulan itu secara kolektifny­a mencatat pertumbuha­n sebanyak 51 peratus bagi segmen perniagaan awan untuk tahun kewangan berakhir pada Mei 2017. - BERNAMA

 ??  ?? FITRI (empat dari kiri) bersama Zainal (tiga dari kiri) selepas melancarka­n Hab Digital Oracle.
FITRI (empat dari kiri) bersama Zainal (tiga dari kiri) selepas melancarka­n Hab Digital Oracle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia