Harian Metro

Tak mengalah biarpun parah

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

“Walaupun parah ditikam suspek sewaktu bergelut namun saya tidak mengalah sebelum berjaya menggari tangan penagih dadah terbabit,” kata mangsa, Baharudin Abdullah, 32.

Dia yang bertugas sebagai Pembantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Penguatkua­saan Hulu Selangor cedera parah selepas ditikam di bahagian kiri dada dan di kelar pada paha kanan sewaktu menjalanka­n operasi di Sungai Masin, Batang Kali, kelmarin.

Kejadian menyebabka­n mangsa mengalami luka sedalam lapan sentimeter selain putus pembuluh darah serta menerima 11 jahitan selepas menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Gombak, Selangor.

Baharudin berkata, kejadian berlaku sewaktu dia bersama sembilan rakan setugasnya menjalanka­n operasi bagi menangkap penagih dadah di sebuah rumah di kawasan terbabit, jam 11.30 malam.

Katanya, dia ditugaskan bagi mengawasi di bahagian luar kediaman bagi menangkap suspek yang cuba melarikan diri.

“Sewaktu serbuan terdapat enam lelaki didapati sedang lalok syabu di dalam kediaman itu dan mereka cuba untuk melarikan diri.

“Saya cuba menahan salah seorang daripada suspek tetapi dia bertindak agresif sehingga menyebabka­n berlaku pergelutan. Sewaktu saya cuba untuk menggari tangannya, penagih itu mengeluark­an pisau Rambo yang diselitkan di pinggangny­a dan menikam bahagian kiri dada serta mengelar paha kanan saya.

“Bagaimanap­un saya terus melawan sehingga suspek berjaya ditangkap,” katanya kepada wartawan Harian Metro ketika ditemui di Hospital Selayang, semalam.

Baharudin berkata, susulan kejadian dia dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu sebelum dipindahka­n ke Hospital Selayang bagi menjalani

 Anggota AADK terima 11 jahitan akibat ditikam, dikelar penagih dadah

pembedahan saluran darah putus.

Jelasnya, kejadian terbabit pertama kali berlaku terhadap dirinya walaupun sudah sembilan tahun berkhidmat dengan AADK.

akibat

“Saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bernafas di dunia ini walaupun tikaman itu hampir mengenai bahagian jantung.

“Namun, kejadian tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan usaha membantera­s kegiatan penyalahgu­naan dadah di negara ini walaupun terpaksa bergadai nyawa dalam melaksanak­an tugas diamanahka­n,” katanya.

 ??  ?? BAHARUDIN menerima 11 jahitan di kiri dada selepas
ditikam penagih.
BAHARUDIN menerima 11 jahitan di kiri dada selepas ditikam penagih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia