Harian Metro

Peniaga didenda tolak jiran

-

Seorang peniaga nasi lemak yang sengaja menolak jirannya ketika menghadiri mesyuarat Badan Pengurusan Bersama (JMB) di sebuah pangsapuri didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Latif Yahya, 51, menukar pengakuan kepada bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Abdul Latif didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan dengan menolak jirannya, R Sarappatti­rama Naidu, 75, di Pangsapuri Desa Mentari, Sungai Way, di sini, pada jam 9.30 malam, 19 September 2016.

Bapa lima anak itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Syazwan Mohd Hasan merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan denda yang ringan dengan alasan tertuduh mempunyai lima anak yang masih bersekolah selain mangsa tidak mengalami kecederaan serius.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa.

Mengikut fakta kes, berlaku pertikaian antara mangsa dan tertuduh yang juga ahli jawatankua­sa ketika menghadiri mesyuarat JMB di pangsapuri berkenaan.

Tertuduh kemudian menolak mangsa sehingga terjatuh ke belakang dari kerusi yang didudukiny­a.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian tengkuk dan tulang belakang.

Padah cuba memberikan rasuah RM50 kepada anggota polis, seorang remaja lelaki didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Mekanik berusia 18 tahun itu mengaku bersalah pada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia